AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah Gabung Bunyi
Kata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca dan minat membaca murid Pemulihan Khas
di sekolah rendah. KGBK diilhamkan oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Isahak Haron pada
tahun 1979. KGBK digunakan dalam kajian ini dengan pengubahsuaian dari aspek pemilihan dan
penambahan huruf mengikut kebolehan belajar sampel kajian. Kajian dijalankan di dua buah sekolah
rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Seramai 30 murid Pemulihan Khas terlibat dalam
kajian iaitu 15 orang daripada kumpulan eksperimen yang belajar menggunakan KGBK manakala
15 murid lagi adalah kumpulan kawalan yang belajar menggunakan kaedah konvensional. Kedua- dua
kumpulan sampel kajian tidak menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka. Kajian ini
menggunakan rekaÂ.....