AbstractKajian ini bertujuan untuk meramal siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengesan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon, meramal siri masa ozon menggunakan pendekatan kalut dan membina kaedah baharu iaitu kaedah k- songsang bagi mencari bilangan jiran terdekat k . Bagi mengesan kehadiran dinamik kalut, kaedah Cao, kaedah m -songsang dan plot ruang fasa adalah digunakan. Bagi meramal siri masa ozon melalui pendekatan kalut, terdapat dua langkah yang terlibat iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Untuk pembinaan semula ruang fasa, tiga parameter diperlukan iaitu masa tunda r, matra pembenaman m dan bilangan jiran terdekat k . Parameter r ditentukan melalui kaedah purata maklumat bersama, penetapan r=1 dan kaedah r-songsang. Parameter m pula dikira melalui kaedah Cao dan kaedah m - songsang. Kajian ini memperkenalkan kaedah baharu iaitu kaedah k -songsang. Pendekatan.....