UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Afidatul Syazwani Afandi |
1 | 2020 article | Magis dan aspek kelegaan jiwa berdasarkan perspektif emosi hairan dalam Hikayat Marakarmah Afidatul Syazwani Afandi Magis atau unsur luar biasa sering kali ditemui dalam kebanyakan teks hikayat yang mempunyai pengaruh Hindu- Islam. Pemaparan unsur ini dianggap penting oleh pengarang tradisi untuk dijadikan intipati kepada struktur teks klasik. Kehebatan pengarang tradisi mencakna mesej kepada khalayak melalui bauran peristiwa yang luar biasa ini membawa implikasi yang besar kepada khalayak dan meransang beberapa kesan emosi tertentu. Salah satu daripada emosi ini ialah emosi hairan yang membangkitkan rasa takjub dan kagum. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubung kait emosi hairan dan aspek kelegaan jiwa yang akan dikupas berdasarkan teks pilihan ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Huraian data dan maklumat daripada kaedah analisis tekstual ini akan dibahagikan kepada analisis yang bersifat struktural yang melihat struktur ayat dan pengolahan gaya bahasa yang berupaya mewujudkan emosi hairan dan rasa takjub serta anali..... 366 hits |
2 | 2022 thesis | Unsur magis sebagai proses katarsis melaui gaya bahasa pengarang dalam hikayat pilihan berdasarkan model GTRFK Afidatul Syazwani Afandi Magis merupakan dogma utama yang mendasari hikayat-hikayat Melayu zaman
transisi (Hindu-Islam). Magis ialah gambaran terhadap perkara-perkara luar biasa yang
berada di luar kotak pemikiran manusia. Hal ini diterima dalam konteks kebudayaan
Melayu tradisi terutama dalam cerita-cerita hikayat Melayu. Walaupun diterima dalam
konteks tradisi, unsur magis lebih dianggap suatu perkara yang tidak nyata tanpa
mengambil kira fungsi magis dalam memberikan kesan katarsis kepada khalayak.
Kajian ini meneliti unsur magis melalui gaya bahasa pengarang berupaya meransang
emosi-emosi tertentu dan memberikan kesan katarsis kepada khalayak. Kajian ini
mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenalpasti unsur magis melalui gaya bahasa
pengarang dalam hikayat Melayu pilihan, menganalisis unsur magis berdasarkan gaya
bahasa pengarang melalui model GTRFK dan merumuskan kepentingan magis kepada
bidang kajian kesusasteraan Melayu tradisional. Kajian ini memusatkan penelitian
kepada dua kaedah, iait..... 612 hits |