AbstractFokus utama kajian adalah meneliti ciri utama representasi figura wanita dalam seni catan kontemporari Malaysia oleh pelukis muda antara tahun 2010 hingga 2022. Kajian ini bertujuan mengisi jurang dokumentasi dengan membentuk sebuah kronologi representasi figura wanita dari tahun 1940 hingga 2022, sekali gus memahami evolusi dan peranannya dalam seni tempatan. Permasalahan utama kajian ialah kekurangan dokumentasi dan penelitian terhadap penggunaan figura wanita dalam seni catan kontemporari. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen, visual dan tematik serta temu bual separa berstruktur dengan pelukis bagi memperoleh data primer dan sekunder yang komprehensif. Hasil kajian menunjukkan bahawa selain berfungsi sebagai elemen estetika, figura wanita turut merepresentasikan isu sosial, budaya dan identiti masyarakat. Dapatan utama merangkumi variasi ciri representasi yang mencerminkan konteks sosial, budaya dan perubahan zaman. Kajian ini mencadangkan perluasan skop kepada .....