AbstractMasyarakat Banjar cukup sinonim dengan kecenderungan yang mendalam untuk merantau atau ‘madam ka banua urang’, selain kepatuhan beragama yang sangat kuat terhadap ajaran Islam. Sejak menjadi sebahagian daripada penganut agama Islam, ibadah haji menjadi sebahagian daripada tradisi ‘madam’ masyarakat Banjar yang dilakukan dengan kemahuan dan kehendak sendiri, sekali gus menjadi pendorong utama masyarakat Banjar mengerah keringat mencari rezeki dan mengumpul dana. Masyarakat Banjar, khususnya di Daerah Kerian mempunyai amalan tradisi mereka yang tersendiri berhubung ibadah haji. Ibadah haji, selain daripada bagi tujuan ibadah turut dilihat sebagai wadah untuk individu memperdalam pengetahuan ilmu agama di Masjidil Haram. Gelaran haji dan pendidikan keagamaan yang diperoleh dari Tanah Suci Makkah diberi penghormatan yang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis konsep ‘madam ka banua urang’ serta kaitannya dengan penyempurnaan ibadah haji.....