UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kartun melalui kaedah pengajaran Frog VLE berunsurkan kartun dan kesannya kepada prestasi, motivasi dan interaksi sosial pelajar Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kaedah pengajaran yang berbeza iaitu kaedah pembelajaran Frog VLE (Virtual Learning Environment, Persekitaran Pembelajaran Maya) berunsurkan kartun yang diterapkan kepada kumpulan rawatan dan kaedah konvensional yang diaplikasikan kepada kumpulan kawalan. Prestasi pelajar diukur melalui ujian pra dan ujian pasca manakala data bagi motivasi dan interaksi sosial pelajar dikumpulkan melalui borang soal selidik. Seramai 63 orang pelajar tingkatan empat terlibat sebagai sampel dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 33 orang dalam kumpulan rawatan dan 30 orang dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Frog VLE berunsurkan kartun memberi kesan positif kepada prestasi, motivas.....
Thesis Published 2016 1338 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap sikap guru terhadap perubahan berdasarkan dimensi kognitif, afektif dan tingkahlaku dalam sekolah di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 865 orang guru sekolah yang telah dipilih secara rawak. Bagi menjalankan kajian, borang soal selidik dihasilkan hasil adaptasi kajian terdahulu iaitu kajian Tai dan Omar (2014).Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati sikap guru terhadap perubahan pada tahan sederhana. Dapatan ini dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk mencari penyelesaian bagi memabantu meningkatkan sikap guru terhadap perubahan dapat dipertingkatkan ke tahap yang tinggi...
Article Published 2018 750 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan pengaruh penggunaan minuman tenaga (100 plus) terhadap ketangkasan dalarn kalangan atlet kelab badminton Pontian, Johor. tujuan kajian kajian ini adalah untuk melihat kesan pengaruh penggunaan minuman tenaga terhadap ujian ketangkasan dalam kalangan atlet kelab badminton. Subjek terdiri daripada 8 orang atlet kelab badminton Pontian,Johor dalam satu kumpulan eksperimen . Data kuantitatif dikumpulkan menggunakan ujian pra dan pasca. Kajian ini dijalankan selama dua minggu dimana minggu pertama ialah ujian pra dan minggu kedua ujian pasca. Ujian 60 Yards Shuttle Run Test telah digunakan bagi mendapatkan data kumpulan yang sama iaitu kumpulan eksperimen yang tidak diberikan rawatan pada minggu pertama bagi ujian pra dan minggu kedua kumpulan eksperimen tersebut diberikan rawatan bagi ujian pasca.Penganalisisan data dibuat menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) yang melibatkan, min, sisihan piawai, mod, median dan nil.....
Final Year Project Published 2021 1316 hits Available
5
Abstract
This pilot study was conducted to test the reliability of the Professional Learning Community questionnaire which involved eight dimensions, namely norms and joint vision, commitment and support of school principal, structural support, mutual understanding and beliefs, collaborative learning, reflective dialogue, collective inquiry and external support. The design of this study is a quantitative study using SPSS to test the reliability of the instrument by using Cronbach Alpha. A total of 100 respondents were involved with this study to answer the questionnaire. This questionnaire has 63 items and uses the Likert scale. Each item has six answer options namely the scale of the Likert scale from scale one which shows the respondents strongly disagree with the item's statement to scale six which shows the respondents strongly agree with the item's statement as stated in the questionnaire. Overall Alpha Cronbach Value for Professional Learning Community instrument with eight dimensions is .....
Article Published 2019 705 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme guru berdasarkan empat dimensi iaitu watak guru, komitmen untuk berubah dan peningkatan berterusan, pengetahuan subjek dan pedagogi, dan kewajipan dan hubungan kerja di luar kelas di sekolah rendah di semenanjung Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 384 guru sekolah yang dipilih secara rawak. Untuk mendapatkan data, borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data daripada guru di Semenanjung Malaysia. Data akan dianalisis bagi mendapatkan min bagi setiap item untuk di interpretasi sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan profesionalisme guru adalah tinggi. Kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan untuk melihat tahap profesionalisme di kalangan guru di Semenanjung Malaysia.  ..
Article Published 2020 1155 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh amalan komuniti pembelajaran profesional dengan amalan profesionalisme guru di sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengkaji pengaruh pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Populasi kajian ini melibatkan guru-guru sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Seramai 410 orang guru dipilih menjadi responden melalui persampelan rawak kluster. Dua jenis instrumen digunakan iaitu instrumen Komuniti Pembelajaran Profesional dan instrumen Profesionalisme Guru. Instrumen kajian ini diambil daripada kajian lepas dan telah disahkan oleh 11 orang pakar. Data dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens. Dapatan menunjukkan amalan komuniti pembelajaran profesional berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 3.35 dan profesionalisme guru juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 3.45. Ujian-t dan ANOVA menunjukkan tida.....
Thesis Published 2022 5061 hits Available
8
Abstract
The development of a web-based academic advising system called MyOsmas that aims to help advisors and students monitor student learning performance more effectively. Traditional advising systems rely heavily on the advisor's analysis of tabular data, which can be time-consuming and inefficient when dealing with a large number of students. In contrast, MyOsmas uses visualization representations to help both advisors and students identify strengths, weaknesses, risks, and opportunities to improve performance achievement. MyOsmas relies on a student ontology as a knowledge base to ensure the process of development runs smoothly. All functions of the system were developed in small batches using three increments, which allowed the development team to address potential issues early on and ensure a high-quality end product. Finally, based on the result of system functionality validation using use case testing techniques, MyOsmas has the potential to be effective in helping both adv.....
Final Year Project Published 2022 516 hits Available
9
Abstract
Seni khat merupakan warisan agung yang mempunyai hubungan secara langsung dengan penulisan al-Quran. Berdasarkan penemuan artifak sejarah seperti batu nisan di makam-makam, terdapat tulisan khat yang menunjukkan seni ini telah lama bertapak di Tanah Melayu sekaligus menunjukkan sejarah kedatangan agama Islam. Sehingga hari ini, seni khat telah berkembang menjadi satu bentuk pengajian formal yang telah dimasukkan dalam sistem pendidikan Malaysia melalui kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun institusi pendidikan swasta. KPM juga menunjukkan komitmen melalui usaha yang strategik dengan menyediakan peruntukan kewangan bagi menjayakan program yang sesuai untuk perkembangan pengajian seni khat. Namun terdapat juga laporan menyatakan kualiti penghasilan karya seni khat dalam pertandingan rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia masih berada pada tahap kual.....
Article Published 2023 715 hits Available
10
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap motivasi pelajar diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mengkaji tahap penguasaan pelajar diploma UPSI dan mengkaji hubungan antara tahap motivasi dengan tahap penguasaan pelajar diploma UPSI dalam konsep Graf Gerakan Linear di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Reka bentuk kajian ialah kajian korelasi yang melibatkan 32 orang pelajar diploma UPSI yang dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26.0 untuk menentukan min, peratus, sisihan piawai dan pekali korelasi kajian. Hasil dapatan menunjukkan tahap motivasi dan tahap penguasaan bagi konsep Graf Gerakan Linear berada di tahap yang tinggi. Namun begitu, kajian ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dan tahap penguasaan Graf Gerakan Linear. Implikasinya, kajian ini dapat memberikan maklumat kepa.....
Final Year Project Published 2024 716 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.