Abstract Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan perisian kursus animasi yang
menggunakan prinsip pelebih-lebihan dalam pembangunan kemahiran berfikir kritis
dan kreatif (KBKK) pelajar bagi topik integer Matematik Tingkatan 1. Secara khusus,
keberkesanan perisian kursus animasi menggunakan prinsip pelebih-lebihan dinilai
daripada aspek pencapaian Matematik, penguasaan KBKK, dan motivasi pelajar.
Reka bentuk kajian adalah reka bentuk eksperimen yang terdiri daripada ujian pra dan
ujian pasca. Ujian statistik ANOVA satu hala digunakan untuk menganalisis data.
Sampel kajian pula terdiri daripada 120 orang pelajar Tingkatan 1 yang dipilih
daripada tiga buah sekolah di daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar, Perak. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian Matematik
(M=69.78, SP=15.1, p..