UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Kajian mengenai metakognisi banyak dilakukan dalam pendidikan memfokuskan kepada keadaan metakognisi pelajar berbanding guru. Trend ini dapat dilihat dalam kajian dalam dan luar negara. Kajian mengenai metakognisi guru adalah penting kerana guru merupakan tunjang utama pendidikan dan keadaan metakognisi guru mampu mempengaruhi pengajarannya. Oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kesedaran metakognitif guru di Johor Bahru. Selain itu, kajian juga mengenalpasti sekiranya terdapat perbezaan skor metakognisi guru merentas pengalaman mengajar serta jantina.  Seramai 70 orang guru Fizik daerah Johor Bahru telah terlibat. Instrumen yang digunakan adalah Metacognitive Awareness Inventory for Teachers (MAIT) yang diedarkan secara dalam talian. Hasil kajian mendapati responden mempunyai skor kawalan metakognitif yang lebih tinggi (4.04) berbanding pengetahuan metakognitif (4.01). Didapati responden dengan pengalaman kurang 5 tahun memiliki nilai pangkat min lebih tinggi (min =.....
Article Published 2020 1914 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji sejauh mana permasalahan yang berlaku berpunca daripada pembangunan guna tanah yang pesat, khususnya aktiviti perumahan dan pertanian di Hulu Lembangan Sungai Bernam. Keadaan ini meningkatkan lagi sedimen terampai di dalam sungai sehingga menjejaskan kualiti air dan warna sungai. Kedua-dua Sungai Bernam dan Sungai Inki mengalir masuk ke dalam Sungai Bernam di Pekan Tanjong Malim, Perak. Metodologi kajian melibatkan pencerapan dan pengumpulan data di lapangan di tiga stesen persampelan dari bulan Oktober 2019 sehingga Ferbruari 2020 sebelum dihantar ke makmal. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif merangkumi regresi linear dan Mann-Kendall. Dapatan daripada ujian Mann-Kendall (S) bagi lebat hujan tahunan dari tahun 1980 sehingga 2018 menunjukkan tren yang meningkat, iaitu sebanyak 67 manakala sedimen terampai tahunan dari tahun 1978 sehingga 2008 juga menunjukkan tren yang meningkat, iaitu 151......
Thesis Published 2021 3228 hits Available
3
Abstract
Kajian ini menyelidik hubungkait di antara latihan pliometrik dan keupayaan atlet dari segi ketangkasan dan kuasa lompat. Kumpulan tumpuan kajian ini adalah terdiri daripada pemain – pemain bola jaring yang berusia di UPSI. Hasil analisa menggunakan t-test berserta data skor min ujian pra dan pasca latihan pliometrik menunjukkan nilai min pra – ujian dan pasca ujian untuk kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan bagi ujian larian ulang alik dan lompat menegak menunjuk perbezaan yang signifikan. Untuk analisis ujian-t sample berpasangan kumpulan kawalan menunjukan keputusan skor min kepantasan lari ulang alik 30 kaki adalah rendah (lebih perlahan) secara signifikan berbanding dengan skor min lari ulang alik 30 kaki pada pra ujian. Pra ujian mencatatkan (P= .058) dan ujian pra lebih tinggi dari pada (P > 0.05). Manakala, hasil analisis mendapati skor min kuasa kaki lompat menegak bagi kumpulan intervensi menunjukan skor min kuasa kaki lompat menegak bagi pasca ujian adalah .....
Final Year Project Published 2023 2721 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan laman Web E-Pembelajaran Mikroskop: Kenali Dunia Sel, yang mengandungi objektif utama iaitu laman web ini adalah alat bantu mengajar secara digital dalam menyokong Pdp di sekolah yang dibangunkan dari segi konstruk isi kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan produk. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan dengan pendekatan kuantitatif.Instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik kandungan dan soal selidik persepsi kebolehgunaan. Kesahan telah dilakukan oleh dua orang pakar dari jabatan biologi, Fakulti Sains dan Matematik. Seterusnya, dianalisis dengan peratusan persetujuan pakar. Purata peratusan persetujuan pakar yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan web e pembelajaran adalah 95% manakala bagi kesahan muka dan soalan soal selidik adalah 92.5%. Hasil nilai kesahan adalah tinggi, instrumen dianggap mempunyai kesahan yang baik. Bagi kajian rintis responden adalah seramai 30 orang. Pensampelan yang di.....
Final Year Project Published 2024 991 hits Available
5
Abstract
Recently, the water quality in Bernam River has deteriorated due to sedimentation processes and unbalanced development around the river basin. This study was conducted to measure and compare the suspended sediment concentration between the low flow and high flow. In this study, sampling was conducted on 9 October 2019 until 26 February 2020 in three sampling stations during the normal season and rainy season. The results of the study demonstrated high suspended sediment concentration on 29 January 2020 in the three stations with values of 972.6 mg/L, 2152.4 mg/L and 1408.2 mg/L. However, the change in the suspended sediment concentration during the rainy season at station 1 is the highest, which was 2114.2 mg/L. The results of regression analysis in this study shows that the relationship between discharge and suspended sediment concentration is significant, with R2=0.5. The relationship between the discharge and water depth (stage) at the selected research sites shows a very significan.....
Article Published 2023 439 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih di empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kajian korelasi digunakan bagi mengukur hubungan amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih. Seramai 135 orang kaunselor pelatih di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah atau sedang menjalani latihan Praktikum dan Internship Kaunseling telah dipilih sebagai responden kajian. Self-Care Practices Survey (SCPS) (2011) dan Inventori Stres Pelajar (ISP, 2020) digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan kaunselor pelatih adalah sederhana. Antara amalan penjagaan diri, aspek rohani merupakan yang tertinggi diamalkan dengan min 4.16, manakala aspek fizikal adalah yang paling kurang diamalkan dengan min 3.56. Kajian turut mendap.....
Article Published 2024 503 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.