UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna lain da.....
Article Published 2012 1471 hits Available
2
Abstract
Kajian bertujuan meneroka dan mengkaji bentuk retorik visual, interpretasi simbol, tema, mesej serta persepsi audiens terhadap retorik visual yang digunakan dalam iklan kempen khidmat awam (PSA-Public Service Announcement) alam sekitar di Malaysia. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan analisis digunakan dalam kajian ini melibatkan lapan iklan khidmat awam alam sekitar. Selain itu, temu bual  dijalankan ke atas empat kategori responden,  pemilihan peserta secara persampelan bertujuan sebanyak 17 orang, melibatkan enam pelajar IPT, tiga ahli akademik, empat pereka grafik dan empat orang awam. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif yang terbahagi kepada empat peringkat iaitu deskriptif, interpretasi, penilaian dan analisis bertema untuk melihat kekerapan tema. Tiga konsep retorik visual iaitu (a) symbolic action, human intervention, presence of audiences, (b) Signifier and signified, (c) Ethos, Pathos, Logos, Kairos and Topos, dan teori (PSA) Awareness, instr.....
Thesis Published 2020 1674 hits Available
3
Abstract
Kajian lepas telah membuktikan bahawa pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah tidak lagi berkesan seperti kaedah buku dan lembaran kerja serta menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mempunyai kefahaman konsep yang baik serta pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Lantaran itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengkaji persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain di rumah dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk; (i) mengukur tahap kepercayaan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; (ii) mengenal pasti kekangan ibu bapa dalam mengendalikan kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; serta (iii) mengukur penglibatan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah. Reka bentuk bagi kajian ini adalah kajian kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa serta p.....
Article Published 2021 732 hits Available
4
Abstract
Pembelajaran terhadap tarian Melayu Zapin merupakan satu seni tari penting yang perlu disemai dalam jiwa kanak-kanak. Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dalam aspek pendidikan telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan penghayatan dan apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan negara untuk setiap peringkat pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga menjustifikasi, kanak-kanak perlu mendapat pengetahuan am mengenai sejarah, bidang seni dan muzik. Maka, kurikulum pendidikan praskolah harus diperkemaskan dengan menambah baik kualiti pembelajaran kanak-kanak menerusi tarian tradisional Melayu Zapin agar kesenian budaya ini akan terus terpelihara. Satu kajian analisis keperluan dijalankan untuk mengenal pasti keperluan guru prasekolah terhadap pembangunan modul tarian tradisional Melayu Zapin dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah jenis tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di .....
Article Published 2023 558 hits Available
5
Abstract
Comics are a unique form of sequential art that combines text and visual graphics to tell a story. In academic circles, the purposeful use of visual elements to convey meaning or visual rhetoric has been gaining increasing attention. This research explores how comics' use of visual rhetoric affects readers' interpretations of and interactions with the medium. Additionally, the study seeks to explore how the discussion about models and concepts used affects readers' interactions with the medium and their meaning-making processes. To achieve this, the research employed qualitative methods, using descriptive and semi-systematic approaches to gather information on visual rhetoric related to three predetermined objectives. The study's results advance the field of comics studies by offering new insights into the potential of visual rhetoric to convey complex ideas and abstract concepts. It also contributes to the academic study of comics by providing fresh perspectives on using visual rhetor.....
Article Published 2024 529 hits Available
6
Abstract
Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dan meneroka serta melihat “Perkembangan Gaya Ilustrasi Komik Konvensional dan Digital di Kalangan Kartunis Malaysia. Kajian kes: kartunis iaitu Uejang, Kerangga dan Sarah Jane”. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi gaya ilustrasi para kartunis yang berbeza, sebab berlakunya transformasi di dalam gaya ilustrasi serta kesan terhadap kartun ataupun komik Malaysia. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk melihat dan menganalisis proses penghasilan komik. Metodologi kajian dimulakan dengan satu kajian keperluan yang telah dijalankan ke atas empat puluh tujuh orang pelajar kolej dalam mendapatkan kesahan dari sudut pengetahuan mengenai kartunis di Malaysia dan gaya dalam ilustrasi komik. Soal selidik dan temu bual dijalankan untuk meneroka kefahaman dan sejauh mana pengetahuan mereka. Kaedah pengumpulan data lain ialah temu bual bersama kartunis, dokumen, rakaman visual dan juga penilaian pakar. Anali.....
Thesis Published 2012 541 hits Available
7
Abstract
Kajian ini membincangkan proses al-takhalli dan al-tahalli yang berfokus kepada sebuah kitab yang bertajuk Jala' al-Qulub Bi Dhikr Allah oleh Hj. ‘Abd Al-Samad ibn Muhammad Salih al-Kalantani (Tuan Tabal). Al-takhalli dan al-tahalli ialah satu proses penyucian dan penjernihan jiwa yang merupakan satu persoalan penting dalam disiplin ilmu Tasawuf yang semakin ditinggalkan dan dilupakan oleh sebilangan besar umat Islam malah dianggap amalan yang sesat. Kajian ini bertujuan meneliti secara mendalam konsep dan kedudukan al-takhalli dan al-tahalli dalam disiplin ilmu Tasawuf, cara dan langkah bagaimana proses pembersihan dan penjernihan jiwa dilakukan serta kewajarannya dalam amalan tarekat bersumberkan al-Quran dan al-Hadith. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis hubung kait al-takhalli dan al-tahalli dengan hasil penjernihan jiwa yang disebut Wahdah al-Wujud oleh pengarang, tetapi dikatakan bertentangan dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah. Kajian ini mengguna.....
Thesis Published 2012 3683 hits Available
8
Abstract
Makalah ini menggambarkan manifestasi simbolik tatanan sosial dan politik Minangkabau di Rendang, hidangan tradisional Minangkabau. Bahan rendang adalah simbol tatanan sosial Minangkabau, dan cara memasaknya adalah simbol tatanan politik mereka. Berdasarkan bahan, dibuat dengan mengumpulkan empat bagian bahan utama, yaitu daging (dagiang), cabe (lado), kelapa (karambia), dan rempah-rempah campuran lainnya (pemasak). Semua bahagian adalah simbol tatanan sosial Minangkabau. Daging adalah simbol pemimpin (Niniak Mamak), cabai adalah simbol dari ulama Islam (Alim Ulama), kelapa adalah simbol intelektual (Cadiak Pandai), dan rempah-rempah campuran lainnya (pemasak) adalah simbol dari masyarakat majmuk Minangkabau. Berdasarkan cara memasak, dimasak dengan menggunakan wajan besi yang diletakkan di atas bentuk segi tiga andiron. Di dalam perapian, kayu api dipasang melintang untuk menghasilkan nyala api yang bagus. Cara ini akan menghasilkan rendang yang bagus, dan semua cara adalah simbol dar.....
Article Published 2018 781 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.