AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh identiti moral dan identiti prososial
terhadap modifikasi tingkah laku prososial remaja delinkuen. Reka bentuk kajian
adalah kajian kuantitatif bukan eksperimental yang melibatkan 108 orang responden
yang merupakan pelajar sekolah menengah yang berusia dalam lingkungan 13 hingga
16 tahun yang mempunyai rekod masalah disiplin. Responden kajian dipilih secara
rawak dari beberapa buah sekolah terpilih di negeri Perak. Dapatan kajian mendapati
bahawa bahawa kedua-dua pemboleh ubah bebas iaitu identiti moral dan juga identiti
prososial telah berkorelasi secara positif lemah dan signifikan dengan tingkah laku
prososial remaja delinkuen. Seterusnya, kajian mendapati bahawa identiti moral dan
identiti prososial telah memberikan sumbangan yang signifikan di mana identiti
prososial telah memberikan sumbangan yang lebih besar berbanding identiti moral
terhadap modifikasi tingkah laku prososial remaja delinkuen. Kajian ini memberi
impl.....