AbstractKajian ini bertujuan untuk membina Modul Nutrisi berkonsepkan Pemakanan Lestari (Modul Nutrisi) yang terdiri daripada manual guru dan manual pelajar untuk Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Biologi. Modul Nutrisi dibina menggunakan topik Nutrisi yang melibatkan 60 orang pelajar sebagai sampel berdasarkan tiga komponen pembangunan lestari iaitu komponen persekitaran, komponen sosial dan komponen ekonomi yang menggabungkan elemen Pemakanan Lestari iaitu elemen kesedaran pemakanan, amalan pemilihan makanan dan kesihatan. Instrumen kajian ini telah melalui prosedur pengesahan kandungan, justifikasi penentu ujian, kajian rintis dan kebolehpercayaan Cronbach alpha. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Nutrisi berbanding pengajaran dan pembelajaran konvensional, tahap kesedaran pelajar, persepsi dan penerimaan guru serta hubungan antara pencapaian keseluruhan pelajar dengan tahap kesedaran pelajar terhadap konsep Pemakanan L.....