AbstractKajian ini bertujuan mengukur keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih
berasaskan aplikasi Quizizz dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid Tahun
Lima dalam Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik di tiga buah SJKT di daerah
Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental yang
melibatkan 30 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dalam
kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui soal selidik minat murid terhadap
aplikasi Quizizz dan satu set soalan ujian pra dan pos (pencapaian) yang mengandungi
40 item soalan aneka pilihan. Pengukuran deskriptif digunakan bagi menilai sama ada
terdapat perkaitan antara gamifikasi mudah alih dengan pencapaian dan minat murid.
Pengukuran inferensi ujian-t pula dijalankan untuk menguji sama ada terdapat
perbezaan signifikan antara skor ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan dengan penggunaan gamifikasi mudah alih begitu juga ujian kolerasi bagi
mengkaji hubungan skor kedua-dua.....