UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Keselamatan siber telah menjadi komponen penting dalam strategi pertahanan banyak negara termasuk Malaysia. Salah satu mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan siber adalah dengan meningkatkan pengawasan dan penapisan siber dengan cara menyekat laman sesawang kritikal, memantau akaun- akaun media sosial dan mengenakan penalti jenayah terhadap mereka yang mengganggu atau memberi ancaman kepada pengguna lain dalam talian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap literasi dan kesedaran belia di Selangor terhadap pengawasan dan penapisan siber yang dilaksanakan kerajaan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi pengedaran soal selidik secara rawak kepada 385 belia di Selangor. Dapatan kajian dianalisis menerusi perisian SPSS secara deskriptif dan inferensi menggunakan analisis min, Ujian-T dan ANOVA sehala. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap literasi atau pengetahuan belia Selangor terhadap pengawasan dan penapisan siber kerajaan ada.....
Article Published 2023 505 hits Available
2
Abstract
Keselamatan siber telah menjadi komponen penting dalam strategi pertahanan banyak negara termasuk Malaysia. Salah satu mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan siber ialah dengan meningkatkan pengawasan dan penapisan internet. Namun, usaha ini sebenarnya mewujudkan ketegangan antara masyarakat dengan kerajaan apabila tindakan ini dilihat seperti menceroboh hak privasi individu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tingkah laku belia Malaysia terhadap pengawasan dan penapisan siber, faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku ini dan mekanisme penyelesaian bagi memastikan tingkah laku belia Malaysia adalah positif terhadap pengawasan dan penapisan siber. Kajian ini menggunakan kaedah campuran menerusi soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 385 belia Selangor dan temu bual bersama dengan aktivis politik dan pakar bidang. Data kuantitatif mendapati bahawa tingkah laku belia Malaysia pada tahap sederhana (min: 2.20, s.p: 0.27) di mana ter.....
Thesis Published 2024 406 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.