UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk merekabentuk dan membangunkan koswer untuk pelajar pemulihan khas. Koswer ini dikenali sebagai koswer Mationary. Sampel kajian terdiri daripada guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah. Hasil rekabentuk koswer Mationary ini diuji kepada guru-guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah di beberapa buah sekolah yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan koswer ini dapat membantu guru untuk dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru-guru yang terpilih untuk menggunakan koswer Mationary ini, memberikan maklumbalas positif. Kajian yang dijalankan ini akan memberi banyak manfaat kepada sistem pendidikan negara terutamanya kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Mationary merupakan salah satu BBM guru pemulihan khas untuk membantu murid menguasai pengiraan. Sekurang-kurangnya guru tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk menyiapkan bahan pengajaran yang sebegini. Guru boleh menumpukan ma.....
Thesis Published 2013 1317 hits Available
2
Abstract
The purpose of this research study was to find out how group work enhances students’ participation in literature activities in an ESL classroom as well as the students’ views on the use of group work in literature activities in an ESL classroom. This study was carried out in a secondary school in Machang, Kelantan using an action research approach. 21 students took part in this study. As for the data collection instruments, classroom observation recording, classroom observation checklist and questionnaire were used. The results of the classroom observation recording and classroom observation checklist indicated that the students managed to participate well in performing the literature activities in the classroom. Additionally, according to the findings of the questionnaire made with Google Form, it revealed that the use of group work in literature activities received positive views from the students due to the high level of mean. Therefore, group work is considered to be.....
Final Year Project Published 2023 1071 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) bagi pengajaran fiqh dalam kalangan guru pendidikan Islam di SMKA negeri Kelantan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara persampelan seluruh populasi yang melibatkan 50 orang guru pendidikan Islam (GPI) yang mengajar di SMKA negeri Kelantan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang mengandungi 50 item soalan. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar seramai 4 orang. Melalui kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach mendapati berada pada tahap tinggi, iaitu >0.97. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap PPK dengan mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula melibatkan ujian-t dan ANOVA untuk menerangkan perbezaan antara pembolehubah.....
Thesis Published 2025 145 hits Available
4
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi pengajaran penulisan mudah alih bagi perkembangan penulisan murid Tahun Satu. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan fokus kepada kaedah penyelidikan tinjauan. Pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah berdasarkan model pengajaran ADDIE yang melibatkan fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk fasa analisis, soalan berstruktur telah diedarkan kepada guru-guru bagi mengukur tahap penulisan murid. Dapatan daripada fasa analisis menunjukkan 30 peratus murid Tahun Satu dapat menulis dengan tulisan yang jelas dan betul, manakala selebihnya memerlukan bimbingan dalam aspek tanda baca dan tulisan yang jelas. Seterusnya, fasa reka bentuk melibatkan tiga pakar yang terdiri daripada pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dapatan .....
Thesis Published 2025 123 hits Available
5
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi multimedia berasaskan video berdasarkan kriteria keperluan kanak-kanak disleksia di Sekolah Kebangsaan Bayan Baru, Pulau Pinang. Model Addie digunakan sebagai metodologi pembangunan aplikasi berkenaan yang mengambil kira kriteria keperluan kanak-kanak disleksia, iaitu kebolehgunaan reka bentuk antara muka, isi kandungan pengajaran, dan kepuasan pengguna. Pengujian terhadap kebolehgunaan aplikasi melibatkan sembilan (9) orang guru pendidikan khas SKBB dan 15 orang pelajar disleksia. Data kajian diperoleh melalui kaedah tinjauan yang melibatkan para guru berkenaan dan kaedah pemerhatian melalui video rakaman melibatkan para pelajar berkenaan. Instrumen kajian untuk tinjauan merupakan satu borang soal selidik yang dibangunkan dan disahkan oleh Nor Arifah Che Wahab (2013). Manakala, instrumen kajian untuk pemerhatian melibatkan satu senarai semak Literacy and Numeracy Screening (LINUS) yang terdiri .....
Thesis Published 2019 3438 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.