UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Penyelidikan ini berkaitan dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah 1956-1987. Kajian mengenai ilmu persilatan sememangnya banyak dilakukan oleh penyelidik dahulu namun kajian mengenai organisasi silat yang wujud di Kedah masih tidak menyentuh khususnya tahun yang dipilih oleh penyelidik. Kajian ini dilakukan bagi melihat organisasi pertubuhan yang terkenal iaitu Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah dalam mengorak langkah memperkembangkan institusi silat kepada masyarakat. Kaedah yang digunakan adalah secara Kualitatif. Penyelidik mendapatkan data menerusi temubual bersama ahli keluarga serta ahli pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong bagi mencerap butir-butir dokumen mengenai pertubuhan yang ada. Selain itu, kaedah perpustakaan juga digunakan dalam kajian tesis ini. Kajian ini juga mendapati bahawa Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Kedah sememangnya mempunyai cara tersendiri dalam menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat dan merapatkan ikatan antara ahli .....
Thesis Published 2023 3396 hits Available
2
Abstract
Sebelum kedatangan kolonial British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan tersendiri iaitu pendidikan asas agama dan Al-Quran keutamaan kepada ilmu akhirat dan berpegang kepada tauhid serta mendahulukan keagamaan. Dipercayai pendidikan Islam di Kelantan telah bermula sejak 300-400 tahun yang lalu. Menjelang 1900 sehingga kini, pendidikan Islam di Kelantan dapat dilihat menerusi dua bentuk pengajian iaitu pendidikan pondok dan persekolahan. Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Di Sekolah Inggeris anak-anak orang melayu di Kelantan 1909 hingga 1957. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pendidikan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris daerah Kelantan. Selain itu, kajian ini menganalisis penglibatan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris sehingga Merdeka pada tahun 1957. Seterusnya menganalisis isu dan masalah pendidikan inggeris ke atas anak orang Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan d.....
Article Published 2024 346 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.