UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti lokasi strategik tempatan yang berpotensi dijadikan pusat latihan altitud sederhana sebagai latihan alternatif kepada atlet-atlet tempatan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hematologi, daya tahan kardiovaskular dan prestasi fizikal atlet melalui tiga fasa kajian. Fasa I mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hemoglobin (Hb) dan sel darah merah (SDM). Fasa II mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas penggunaan oksigen maksimum(VO max) dan prestasi atlet melalui aplikasi kaedah latihan khusus dan Fasa III melihat perbandingan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tinggi dan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan rendah. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah eksperimental benar yang menggunakan ujian pra-pasca dan ujian-pasca. Sampel kajian melibatkan atlet sukan rekreasi dan penduduk tempatan.....
Thesis Published 2016 1637 hits Available
2
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana penyertaan politik belia di Malaysia. Secara khususnya, artikel ini akan menjawab soalan-soalan berikut: Apakah jenis penglibatan politik yang kerap disertai oleh belia di Malaysia? Bagaimanakah tahap penglibatan politik golongan ini? Adakah jantina, tahap pendidikan dan kawasan tempat tinggal mempunyai kaitan dengan penglibatan politik? Apakah faktor yang mempengaruhi mereka untuk melibatkan diri dalam politik? Seramai 417 responden yang berumur di antara 18-40 tahun dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai tahap penglibatan politik yang sederhana. Majoriti responden menyatakan mereka mengundi dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan dan hanya segelintir daripada mereka yang menghubungi pemimpin politik. Minat terhadap politik merupakan faktor utama yang mendorong mereka untuk terlibat dengan politik. Tahap politik yang sederhana ini perlu.....
Article Published 2016 3120 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Teori Kebergantungan Media (MDT) pada platform TikTok terhadap kesejahteraan psikologi belia berumur 19 hingga 30 tahun di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini melibatkan 394 orang belia yang dipilih menggunakan persampelan kelompok. Data dikumpulkan melalui instrumen Scale of Psychological Well-Being (SPWB), Social Media Addiction Scale Student Form (SMAS-SF), dan Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA). Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Analisis SEM menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya dan sokongan ibu bapa merupakan peramal signifikan terhadap kesejahteraan psikologi belia, dengan pekali penentu (R_) sebanyak 5 peratus. Ini menunjukkan bahawa model ini hanya menerangkan 5% daripada varians kesejahteraan psikologi, menandakan bahawa terdapat banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan yan.....
Thesis Published 2025 105 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.