AbstractPerbincangan artikel ini bertujuan mengupas persoalan dan pemikiran dalam teks drama Mayat, Patung-Patung dan Kerusi karya oleh Hatta Azad Khan (2009). Perbincangan memberi fokus terhadap pemikiran pengarang dari sudut pandangan masyarakat. Kajian ini menggunakan Teori Persuratan Baharu sebagai teori teras analisis dapatan kajian. Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah mengumpul dan mengkategorikan data. Data tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teks dramatik Melayu yang dihasilkan melalui pelbagai gaya persoalan, pemikiran dan pendekatan dalam menyusun dan mengolah aspek dramatik daripada teks drama Mayat, Patung-Patung dan Kerusi. Perbincangan kajian difokuskan kepada persoalan yang banyak dikemukakan oleh pengarang dalam ketiga-tiga drama iaitu Mayat, Patung-Patung dan Kerusi. Hasil kajian mendapati, pelbagai persoalan yang boleh diketengahkan melalui ketiga-tiga drama ini. Selain itu, pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang iaitu Hatta Azad Khan da.....