UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
12016
Article
Synthesis, spectroscopic studies and biological activities of acylthiourea derivatives as potential anti-bacteria agents
- Wan M. Khairul, Ahmad Ariffin Aziah, Ismail Noraznawati, Daud Adibah Izzati,
Thiourea is known to be a unique class of organic compounds especially acylthiourea since they consist excellent Hbonds donor and acceptor where it has strong ability to form metal complexation with various metal salts. Therefore, six members of acylthiourea derivatives (TH1-TH6) have been successfully synthesized and characterised using selected spectroscopic and analytical methods namely Fourier-Transform Infrared (FT-IR) spectroscopy, UV-visible (UV-vis) spectrophotometer, and CHNS elemental analysis. In turn, all the synthesised TH1-TH6 were used to investigate the anti-bacterial activity towards selected bacteria of both Gram-negative and positive namely Salmonella typhi and Bacillus cereus respectively. TH1-TH6 revealed to have good activity towards S. typhi and B. cereus with specific and broad-range spectrum activity...

1662 hits

22017
Article
Students acculturation and adjustment: the case of indigenous group at public higher education in Malaysia
Primus Doreen, Ng Melissa Lee Yen, Ismail Aziah,
931 hits

32021
Article
Perbandingan model kepimpinan instruksional: persepsi barat dan Malaysia
Aziah Samichan
Kepimpinan instruksional masih kekal relevan sungguhpun telah melebihi tiga dekad. Situasi ini dapat dibuktikan dengan kepelbagaian model kepimpinan instruksional hasil usaha sarjana barat dan juga tempatan. Di Malaysia, kepimpinan instruksional mendapat mandat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan menyarankan agar pemimpin sekolah bertindak sebagai pemimpin instruksional. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan dalam kalangan pemimpin instruksional tempatan menjadikan model-model kepimpinan instruksional acuan barat sebagai sumber rujukan utama walhal terdapat perbezaan khususnya aspek persekitaran dan budaya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membanding beza elemen-elemen yang terdapat dalam lima model kepimpinan instruksional barat dan empat model kepimpinan instruskional tempatan bermula tahun 2000 hingga kini menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil analisis literatur ini membuktikan wujud elemen-elemen yang perlu penambahbaikan teori berdasark.....

489 hits

42021
Article
Elemen-elemen watan dalam model kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia: satu tinjauan literatur
Aziah Samichan
Kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan paling asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin di sekolah. Hal ini kerana kepimpinan instruksional dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Gaya kepimpinan instruksional dilihat masih relevan berdasarkan kemunculan pelbagai model kepimpinan instruksional sejak empat dekad. Sehingga kini, model kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh sarjana barat telah merentas sempadan benua termasuklah di Malaysia. Namun, adakah model-model kepimpinan instruksional acuan barat yang menjadi rujukan kebanyakan pemimpin pendidikan di Malaysia benar-benar memenuhi konteks pendidikan negara kita? Umum mengetahui bahawa model-model kepimpinan instruksional barat dibina berorientasikan persekitaran dan budaya di Barat dan Eropah. Oleh yang demikian, tujuan artikel berformatkan kertas konsep ini akan menyelusuri keperluan membangunkan satu model watan kepimpin.....

477 hits

52021
Thesis
Kesan modul bimbingan kelompok Rational Emotive Behavior Therapy terhadap aspek psikologi awal remaja berisiko
Nor Aziah Ahamad Shatar
Kajian ini bertujuan menguji kesan modul Bimbingan Kelompok Rational Emotive Behavior Therapy (BK REBT) terhadap aspek psikologi yang melibatkan resilien, lokus kawalan, efikasi kendiri dan sokongan sosial awal remaja berisiko. Kaedah kajian eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan 120 orang murid berumur 11 tahun di dua buah sekolah rendah telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. Subjek dibahagi kepada lapan kelompok iaitu dua kelompok rawatan lelaki, dua kelompok rawatan perempuan, dua kelompok kawalan lelaki dan dua kelompok kawalan perempuan. Data ujian pra dan ujian pasca dikumpul menggunakan Skala Resilien Untuk Awal Remaja (RSEA), Instrumen Lokus Kawalan (LOC), Soal Selidik Efikasi Kendiri Untuk Kanak-Kanak (SEQ-C) dan Skala Multidimensi Penerimaan Sokongan Sosial (MSPSS), seterusnya telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melibatkan Min, Ujian t-Sampel Berpasangan, ANCOVA dan ujian Post Hoc Tukey. Hasil kajian m.....

2182 hits

62023
Article
Penyeliaan dan penilaian pengajaran guru dalam kepimpinan instruksional: satu sudut pandang berdasarkan society 5.0
Aziah Samichana
Kepimpinan instruksional sering dikaitkan dengan pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Maka tidak hairanlah salah satu elemen penting dalam kepimpinan instruksional ialah penyeliaan dan penilaian pengajaran guru yang amat signifikan dengan ketiga-tiga perkara tersebut. Malah, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 turut dijadikan punca kuasa untuk seorang pengetua itu melaksanakan penyeliaan dan penilaian terhadap guru di sekolah. Melalui penyeliaan dan penilaian pengajaran guru, kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dipercayai akan lebih terjamin. Namun dalam kalangan guru-guru, elemen penyeliaan dan penilaian pengajaran sering kali dilihat sebagai medan untuk menghukum berbanding matlamat asal iaitu penambahbaikan pengajaran. Berdasarkan isu tersebut, timbul persoalan adakah situasi ini berpunca daripada kurangnya penekanan elemen kemanusiaan dalam model-model kepimpinan instruksional sedia ada. Justeru, kajian ini akan menyelusuri kemelut.....

201 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.