UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
Artikel ini bertujuan menganalisis dan membina indikator bagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan pinggiran berdasarkan konstruk sosioekonomi. Pendekatan kuantitaif dengan menggunakan perisian SPSS dan AMOS telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan saiz persampelan adalah seramai 400 orang responden berdasarkan kepada pendapat yang digunakan oleh pengkaji yang lalu mengikut saiz populasi bagi menjalankan analisis pengesahan faktor. Responden yang dipilih merupakan ketua isi rumah dan menetap di kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Data dianalisis dengan menggunakan analisis faktor iaitu analisis faktor penerokaan (EFA) dan analisis faktor pengesahan (CFA). Hasil kajian menunjukkan selepas EFA dan CFA digunakan, hanya 2 sub konstruk daripada konstruk sosioekonomi dan 6 item yang mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu CR melebihi 0.6. Dua sub konstruk sosioekonomi ialah i) sosial, dan ii) ekonomi. Analisis ini menunjukkan bahawa model penguk.....
Article Published 2018 964 hits Available
2
Abstract
Kajian ini telah dijlankan bagi mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet dalam tiga tempoh yang berbeza sebelum pertandingan e-sport dalam kalangan pelajar kolej. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet e-sport pada tempoh 2 rninggu, 24 jam dan 30 rninit sebelum pertandingan. Pengkaji menggunakan soal selidik daripada Sport Competition Anxiety Test (SCAT). Semua data akan dianalisis bagi mendapatkan tiga mean dan sisihan piawai yang berbeza yang menentukan tahap kebimbangan atlet yang berbeza menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Bagi tahap kebimbangan atlet untuk 2 minggu sebelum pertandingan (M=l.28, SD=0.46) dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan atlet adalah rendah. Manakala, tahap kebimbangan atlet untuk 24 jam sebelum pertandingan (M=2.28, SD=0.46) dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan atlet adalah sederhana dan tahap kebimbangan atlet untuk 30 minit sebelum pertandingan (M=2.78,.....
Final Year Project Published 2021 3978 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan membandingkan peribahasa yang mengandungi metafora haiwan dalam  bahasa  Melayu  dan bahasa  Uzbek.  Kajian  ini  menggunakan kaedah kualitatif dengan reka  bentuk analisis teks. Sebanyak 26 peribahasa dalam bahasa Melayu dan 26  peribahasa  dalam  bahasa  Uzbek  telah  digunakan  sebagai  sampel  kajian  ini. Peribahasa   tersebut  diambil  daripada  peribahasa  yang  melibatkan  lima  jenis  haiwan iaitu anjing, ayam,  ular, kambing dan  ikan. Lima haiwan ini dipilih kerana kelima  – limanya banyak digunakan dalam  peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Uzbek. Lima haiwan  ini  adalah  antara  haiwan  yang  biasa   dijumpai  di  Malaysia  dan  Uzbekistan. Haiwan lain yang terdapat dalam peribahasa kedua – dua  bahasa agak kurang popular dan tidak dapat dibuat perbandingan dalam kajian ini. Teori metafora  konseptual telah digunakan  untuk  menganalisis  data  dalam  kajian  ini.  Data  dianalisis  .....
Thesis Published 2019 4891 hits Available
4
Abstract
Keletihan dikaitkan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi kemahiran dalam sukan tenis. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan dan perkaitan keletihan dengan konsistensi pukulan servis. Kajian ini melibatkan 2 orang pemain tenis bertahap sederhana (intermediate level) yang berumur 16 tahun. Subjek kajian perlu menjalani 3 sesi pengujian pada hari yang berbeza. Pada setiap sesi pengujian, subjek perlu menjalani Protokol Intervensi Cetusan Keletihan (PICK) sehingga mencapai keletihan maksimum. Seterusnya, subjek dikehendaki untuk menjalani Protokol Pengujian Ketepatan Servis Tenis (PKST) bagi menguji ketepatan servis semasa dalam keletihan. Petunjuk capaian keletihan bagi kajian ini adalah berdasarkan maklum balas Rate of Perceived Exertion (RPE). Dapatan kajian mendapati bahawa purata kadar nadi subjek bagi ketiga-tiga sesi adalah 147.9 ± 6.3 bpm, 133.1 ± 7.6 bpm dan 146.2 ± 14.9 bpm. Analisis ujian-T berpasangan menunjukkan tidak terdapat.....
Article Published 2022 655 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pembelajaran _FaHuKep_ dan mengenalpasti kebolehgunaan kit pembelajaran _FaHuKep_ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat. Kit ini dibangunkan berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan model ADDIE. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan model ADDIE. Seramai 70 orang pelajar Fizik tingkatan 4 dipilih sebagai sampel kajian. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kit _FaHuKep_ mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 4 berdasarkan konstruk kebergunaan (min = 3.61, s.p = 0.276), kemudahan penggunaan (min = 3.45, s.p = 0.625), kemudahan belajar (min = 3.74, s.p = 0.445), dan kepuasan (min = 3.68, s.p = 0.440). Kesimpulannya, pembangunan kit pembelajaran _FaHuKep_ ini telah mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dan tinggi dalam kalangan pelajar .....
Final Year Project Published 2025 500 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan membina model petunjuk kesejahteraan hidup bagi kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah eksperimen. Alat kajian yang digunakan adalah dengan borang soal selidik. Pemilihan saiz pensampelan adalah seramai 400 orang responden secara rawak. Responden yang dipilih merupakan ketua isi rumah yang menetap di kawasan WML Lembah Klang-Langat. Dapatan kajian mendapati terdapat lapan petunjuk yang telah melalui kaedah analisis faktor iaitu perumahan, pengangkutan dan komunikasi, penyertaan sosial, keselamatan, kependudukan, persekitaran fizikal dan kesihatan, sosioekonomi dan guna tanah. Nilai Alpha Cronbach bagi kesemua petunjuk melebihi 0.8. Hasil analisis menunjukkan model Structural Equation Model (SEM) telah mencapai ketepatan padanan yang baik dengan mengikut nilai goodness of fit selepas melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Faktor Pengesahan (CFA). Dapat.....
Thesis Published 2019 242 hits Available
7
Abstract
This study investigates the factors influencing the behavioral intention of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) academic staff toward investing in the financial market, extending the Theory of Reasoned Action (TRA) by incorporating knowledge and awareness as additional variables. The survey measured attitude, subjective norms, knowledge, and awareness among 300 respondents chosen using a random sampling technique. The data were analyzed through exploratory factor analysis, Pearson correlation, and multiple linear regression using SPSS (Version 26.0). The results reveal significant relationships between attitude, subjective norms, knowledge, and awareness with the behavioral intention toward investing in the financial market. Knowledge and awareness are important because they influence how staff perceive investment risks and benefits, which in turn affects their willingness to invest. Specifically, the Pearson correlation shows a strong negative relationship between attitude and b.....
Thesis Published 2025 202 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.