UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini turut dijalankan untuk melihat tahap kepuasan yang dominan dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 262 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester lima pengajian bagi program DPAK di KUIM. Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu satu bahagian mengenai profil reponden, satu bahagian mengenai aspek kandungan program dan yang bahagian terakhir adalah mengenai aspek tenaga pengajar. Dapatan telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap program DPAK yang ditawarkan di KUIM bagi kedua-dua aspek yang dikaji. Hasil kaji.....
Article Published 2021 1040 hits Available
2
Abstract
Kajian lepas menunjukkan isu ketidakpadanan penawaran program pengajian di politeknik dengan permintaan pihak berkepentingan menyebabkan program pengajian dianggap tidak relevan dengan keperluan industri semasa. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka baharu keperluan perancangan penawaran program pengajian di politeknik. Teori Pihak Berkepentingan dan Model Elemen Organisasi telah digunakan untuk mengukur dimensi perancangan. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) oleh Richey dan Klein yang melibatkan tiga fasa – penilaian keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 20 pakar bidang dan 30 pentadbir politeknik. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temu bual dan soal selidik. Kesahan konstruk soal selidik telah disahkan oleh 5 orang pakar dan indeks kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan Alfa Cronbach adalah 0.97. Dalam fasa pertama, pakar bersetuju bahawa kerangka bahar.....
Thesis Published 2023 1283 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.