UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Dalam memastikan CSR bercirikan Islam dilaksanakan dengan sebaiknya, faktor dan cabaran menjadi indikator yang harus dipertimbangkan agar pelaksanaannya mengikut garis panduan dan prinsip Islam. Hal ini kerana, pencapaian organisasi Islam yang cemerlang juga dipengaruhi oleh perlaksanaan CSR Islam. Objektif kajian ini memberi tumpuan untuk meneroka faktor dan cabaran pelaksanaan CSR Islam di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam dengan sepuluh orang informan yang terdiri daripada pelaksana CSR di BIMB. Hasil kajian mendapati terdapat empat faktor yang menggalakkan BIMB melaksanakan CSR Islam iaitu kesedaran pihak pengurusan, budaya institusi Islam, etika pelaksana CSR dan memenuhi tuntutan masyarakat. Manakala cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan CSR Islam adalah dari sudut strategi komunikasi, sumber maklumat, pengurusan sumber manusia dan kewangan..
Article Published 2016 2721 hits Available
2
Abstract
Pelaksanaan SLDN di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan K-pekerja, iaitu pekerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan serta dilengkapi dengan nilai kemahiran sosial dan metodologi pembelajaran. Kajian tentang pelaksanaan SLDN di Malaysia menggunakan pendekatan mixed method, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan protokol temu bual. Responden kajian adalah terdiri daripada pengurus, penyelaras dan pengajar SLDN. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen kemahiran sosial serta metodologi pembelajaran masih di peringkat sederhana. Maka penerapan elemen-elemen ini perlu dipertingkatkan dalam penyampaian latihan dan ianya lebih berkesan apabila dilaksanakan di tempat kerja sebenar. Oleh itu, industri perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanaan pelaksanaan latihan ini. Kajian juga menunjukkan kurangnya penglibatan industri dan ini perlu dipertingkatkan bagi keberkesanan penerapan elemen-elemen tersebut. Hasil kajia.....
Article Published 2014 3101 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi guru prasekolah dalam penerapan PdP, yang melibatkan empat buah zon negeri terdiri daripada Pulau Pinang zon utara, Terengganu zon timur, Johor zon selatan dan Selangor zon barat. Kajian ini turut melihat perbezaan motivasi dan kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan berdasarkan lokasi, pengalaman mengajar, dan kelayakan akademik Bagi mencari jawapan kepada objektif kajian, pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan yang dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada BECTA yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian demografi dan bahagian konstruk yang mengandungi lima konstruk. Penggunaan model pengukuran Rasch untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang mengambil kira nilai PTMEA yang berada dalam lingkungan _3, nilai keserasian item infit dan oufit 0.50 _ 1.50, nilai unidimensionaliti (PCA) melebihi 40% b.....
Thesis Published 2025 143 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.