UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
12016
Thesis
Penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi dalam subjek Biologi
Noor Azliza Ahmad
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan tahap kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi. Selain itu juga, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kemahiran insaniah komunikasi pelajar menggunakan tiga kaedah dalam pendekatan pembelajaran aktif iaitu kaedah perbincangan dalam kumpulan, kaedah perbentangan dan kaedah koperatif jigsaw dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan rawak bertujuan melibatkan 67 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Perak, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Modul III yang mengambil subjek Biologi sebagai mata pelajaran teras. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; 32 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 35 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga instrumen kajian telah digunakan iaitu uji.....

765 hits

22017
Article
E-portfolio assessment in measuring soft skills in teacher education program: preliminary findings
Azliza Muhammad
Electronic portfolio or e-portfolio is used to assess teachers’ professional development concomitant to rapid growth of technology. The effect of using e-portfolio has changed the assessment method in teacher education system. As an innovative tool, the multiple forms of e-portfolio play various roles in professional and personal development through self-assessment, reflection, formative and summative approaches. The development of identity of a professional teacher with soft skills is essential therefore exposure and awareness of its importance should be emphasized early in teacher training. The aim of this paper is to elaborate preliminary findings on UPSI e-portfolio system on its learning websites, MyGuru and the perception of student teacher on using e-portfolio system to assess soft skills. The respondents of 78 students from teacher education program (5 samples during interviews and 73 samples responded on questionnaires) were selected using convenience sampling. The focused c.....

320 hits

32019
Thesis
Pembinaan dan validasi rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah, E-Persona
Azliza Muhammad
Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah,  e-persona.  Kajian ini mengadaptasi reka bentuk Design and Developmental Research (DDR) oleh Richey  dan Klein melibatkan empat fasa iaitu kajian keperluan, rekabentuk, pembinaan dan penilaian. Tiga  rubrik iaitu Rubrik Mendengar dengan Aktif dan   Memberi   Maklumbalas   (KOM2),   Mencari   Idea    dan   Mencari   Penyelesaian Alternatif  (BKMM3)  serta  Menganalisis  dan  Membuat  Keputusan   berkaitan  dengan Etika  (EM2)  telah  dibina.  Sampel  kajian  melibatkan  342  orang  pelajar   Kursus Pembangunan Sahsiah di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dipilih berdasarkan kaedah     pensampelan    rawak    berstrata    berkadaran.    Kesahan    konstruk    dan kebolehpercayaan  rubrik ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rubrik yang  dibangunkan mempunyai kesahan konstruk yang .....

1536 hits

42024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan Kit Eksperimen Hukum Hooke Berasaskan Arduino terhadap guru Fizik di daerah Kampar
Nurul Azliza Ramli
Ketiadaan integrasi teknologi terkini menghalang peluang pelajar untuk mengalami penyelidikan saintifik yang sahih, melakukan eksperimen dan menggunakan teknik pengumpulan data yang canggih. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kit Eksperimen Hukum Hooke Berasaskan Arduino serta meguji kesahan dan kebolehgunaannya terhadap guru Fizik di daerah Kampar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan (Research Development). Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Pembangunan kit ini menggunakan model ADDIE yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian untuk menjalankan kajian ini. Kesahan Kit Eksperimen Hukum Hooke Berasaskan Arduino telah dijalankan ke atas dua orang pensyarah dari Jabatan Fizik dan seorang guru Fizik. Seramai sepuluh orang guru Fizik telah menjadi responden dalam kajian rintis untuk menguji ketekalan item-item borang soal selidik dan memperoleh nilai alpha conbarch 0.91 iaitu berada pada tah.....

75 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.