UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Isu perubahan cuaca yang berlaku ini telah memberi implikasi kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya kepada industri keropok keping yang menggunakan kaedah semula jadi dan tradisional dalam menghasilkan produk. Keropok merupakan salah satu jenis makanan ringan yang terkenal di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Penghasilan keropok keping secara tradisional memerlukan keadaan cuaca dan suhu yang sesuai. Cuaca di sesuatu tempat dipengaruhi oleh beberapa komponen meteorologi iaitu suhu, arah angin dan kelajuannya, kadar dan jenis pemendakan serta tempoh sinaran matahari. Kajian yang dijalankan ini bagi melihat sejauh manakah perubahan cuaca memberi impak terhadap industri keropok keping. Kaedah kualitatif digunakan untuk memperoleh data dan maklumat melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis kandungan digunakan. Seramai 14 informan dipilih yang terdiri daripada empat orang pengusaha, enam orang pekerja dan empat orang pembekal bahan mentah. Hasil dapatan kajian mendapat.....
Article Published 2024 384 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan GERALIN sebagai pentaksiran subtopik gerakan linear dan mengenal pasti kebolehgunaan permainan GERALIN dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan dan tinjauan berpandukan model ADDIE. Sampel yang dipilih ialah seramai 41 orang pelajar tingkatan 4 di dua buah sekolah menengah di kawasan Selama, Perak dengan menggunakan kaedah persampelan kelompok. Instrumen yang digunakan ialah borang kesahan pakar dan juga borang soal selidik kebolehgunaan. Borang kesahan pakar dianalisis dengan menggunakan peratus persetujuan pakar manakala borang soal selidik kebolehgunaan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Tiga orang pakar daripada guru-guru sekolah menengah telah dipilih untuk membuat kesahan pada instrumen dan mendapat nilai peratus persetujuan yang baik bagi kesahan muka permainan GERALIN ialah 94.44% dan kesahan muka kandungan permainan GERALIN ialah 94.44%. Kajian rintis yang telah dilaksanakan mendapat n.....
Final Year Project Published 2025 418 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.