AbstractKajian ini bertujuan untuk mengukur kesan Bimbingan Kelompok Choice Theory and
Reality Therapy (BKCTRT) terhadap dua pembolehubah utama iaitu daya tahan dan motivasi dalam
kalangan pelajar ibu bapa bercerai. Kajian eksperimen kuasi pra dan pasca ujian ini melibatkan
60 orang subjek (30 lelaki dan 30 perempuan) yang diagihkan kepada empat kelompok iaitu
kelompok rawatan lelaki, kelompok rawatan perempuan dan dua kelompok kawalan. Data pra dan pasca
ujian diukur dengan Skala Daya Tahan (SDT) dan Inventori Motivasi Penyertaan (PMI), dan dianalisis
dengan menggunakan min, Ujian-t, MANCOVA dan Post Hoc pada aras signifikan 0.05. Dapatan
kajian menunjukkan berlaku peningkatan min daya tahan iaitu daripada 73.33 kepada 83.40,
peningkatan min motivasi daripada 107.97 kepada 117.50 pra ujian dan pasca ujian. Hasil Ujian T
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan ukuran pra ujian dan pasca ujian Daya Tahan kumpulan
rawa.....