AbstractKajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merungkai watak dan perwatakan
karakter pasangan suami isteri di dalam Wayang Kulit Melayu Tradisional
Kelantan iaitu Seri Rama dan Siti Dewi. Selain itu, maksud bentuk, ukiran dan
warna yang terdapat pada gambalan Seri Rama dan Siti Dewi dihuraikan. Watak
Seri Rama dan Siti Dewi merupakan watak utama di dalam repertoire Wayang
Kulit Melayu Tradisional Kelantan. Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan
merupakan sebuah persembahan seni warisan tradisional wayang kulit yang telah
bertapak di negeri Kelantan dari zaman dahulu. Di Malaysia, repertoire Hikayat
Mahraja Wana versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan digunakan
dalam persembahan dan rujukan manakala di India menggunakan repertoire
Ramayana versi Valmiki dalam persembahan. Terdapat beberapa perbezaan di
antara Hikayat Mahraja Wana versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan
dengan Ramayana versi Valmiki. Salah satunya adalah dari sudut bentuk, warna
dan ukiran gambala.....