UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Disertasi ini merupakan kajian terhadap pidato Sukarno semasa hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia pada tempoh 1962-1966. Matlamat utama disertasi ini dilakukan bagi mengkaji ideologi pemikiran Sukarno dalam setiap ucapan hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia oleh beliau yang menjadi titik tolak dasar luar Indonesia, membincangkan kesan ucapan hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno kepada dasar luar Indonesia dan menilai perlaksananaan revolusi Indonesia hasil dari pemikiran Sukarno. Metodologi kajian yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan secara kualitatif. Data diperoleh melalui analisis dokumen yang dapat menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Kajian sejarah adalah kajian yang dijalankan untuk menganalisis dokumen seperti surat-menyurat, minit mesyuarat, fail kerajaan, teks dalam majalah dan sebagainya yang diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia sepertidi .....
Thesis Published 2022 1540 hits Available
2
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang penglibatan negara asing dalam menangani konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia yang berlaku pada tahun 1964. Persengketaan kedua-dua buah negara memberikan tempias kepada negara lain seperti British dan Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia dan Indonesia hingga menyebabkan beberapa negara luar lain terpaksa campur tangan untuk mencari jalan perdamaian bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi antara kedua-dua negara tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk membincangkan penglibatan negara asing dalam menyelesaikan konfrontasi Malaysia-Indonesia. Pengumpulan data dilakukan dengan merujuk sumber primer dan sekunder yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, perpustakaan awam dan laman sesawang yang berkaitan dengan skop kajian. Hasil kajian membuktikan bahawa sememangnya wujud bantuan daripada negara asing menyokong usaha perdamaian antara kedua-dua buah negara contohnya, peranan Amerika Syarikat, T.....
Article Published 2022 544 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.