UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berunsurkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan kerangka teori KAP (Knowledge, Attitude, Practice) dengan menggunakan pendekatan kuantitatif (soal selidik). Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 20.0 (SPSS). Seramai 320 orang guru Pendidikan Islam negeri Perak dipilih secara rawak berstrata sebagai sampel kajian untuk menjawab instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan piawaian dan ujian Korelasi Spearman. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti pengetahuan, sikap dan penggunaan BBM berunsurkan TMK dalam PdP Pendidikan Islam manakala anali.....
Thesis Published 2022 6543 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina protil guru kokurikulum di Malaysia. Profil tersebut dibina dengan meninjau profil guru kokurikulum yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, profil guru kokurikulum yang dikehendaki oleh pihak sekolah, pandangan pihak maktab perguruan dan universiti yang menyediakan guru kokurikulum untuk sekolah menengah serta pemerhatian terhadap amalan kokurikulum di beberapa sekolah menengah. Protll guru kokurikulum adalah berfaedah dan boleh dijadikan garis panduan untuk melatih bakal-bakal guru dalam bidang kokurikulum agar pelaksanaannya lebih berkesan, sistematik dan memenuhi aspirasi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Data kajian diperoleh dengan mengunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Data tersebut di triangulasi untuk mengenalpasti ciri-ciri yang dijadikan sebagai asas kepada pembinaan profil guru kokurikulum. Kajian ini juga.....
Thesis Published 2007 454 hits Available
3
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  menilai  kekuatan  dan  kelemahan  diplomasi  dan  strategi  pertahanan kesultanan Palembang era Sultan Mahmud Badaruddin II. Fokus kajian ini ialah   untuk    menganalisis   amalan   diplomasi   dan   strategi   pertahanan   tradisional kesultanan     Palembang    dalam    mengekalkan    kedaulatannya    bagi    menghadapi penjajahan  Barat.    Kajian  ini  menggunakan  metodologi  sejarah,  terutamanya  dalam analisis   kualitatif   yang    mengandungi   empat   peringkat   iaitu,   heuristik,   kritik, pentafsiran dan penulisan sejarah.  Sumber primer diperoleh daripada Arsip Nasional Republik  Indonesia,  Perpustakaan  Nasional   Indonesia  dan  koleksi  peribadi.  Sumber sekunder   pula   terdiri   daripada   jurnal,   buku    dan   tesis   yang   diperoleh   daripada perpustakaan  di  Malaysia  dan  Indonesia.  Sumber   tersebut  dinilai .....
Thesis Published 2018 2683 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.