UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Pelaksanaan dasar kolonial British terhadap pembentukan rancangan penempatan di kampung baru Cina telah menimbulkan implikasi dan cabaran terhadap komuniti kampung baru Cina di Daerah Ulu Selangor pada tahun 1948-1957. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip telah digunakan dengan memperoleh sumper primer, iaitu dokumen dan manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti file, Colonial Office Ulu Selangor, Annual Report, dan keratan akbar. Kajian turut disokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam yang terdapat di Malaysia. Kajian lapangan juga telah dilakukan dengan menemu bual individu serta tokoh-tokoh penting di kampung baru Cina. Hasil kajian ini telah mendapati penempatan semula komuniti di kampung baru Cina di daerah Ulu Selangor telah menghadapi pelbagai masalah dalam mengharungi kehidupan mereka. Kesimpulannya, pembentukan kampung baru Cina ini telah berjaya menyelesaikan masalah koloborasi a.....
Article Published 2019 1190 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh organisasi pembelajaran terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan harian (SMKh) Negeri Perak. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan rentas yang menggunakan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 374 orang guru dari 50 buah SMKh. Data dianalisis menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, MANOVA faktorial 3x2, dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap organisasi pembelajaran (min = 4.14) dan kepuasan kerja keseluruhan (min = 4.71) adalah pada tahap yang tinggi. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor umur terhadap organisasi pembelajaran: F (3, 370) = .915, p = .434. Analisis MANOVA faktorial 3x2 menunjukkan terdapat kesan utama gred perkhidmatan [F(3, 960) = 1.937, p = .027..
Thesis Published 2019 3234 hits Available
3
Abstract
ABSTRAK Teknologi Augmented Reality (AR) adalah salah satu teknologi baharu yang diterapkan dan menjanjikan potensi besar untuk digunakan dalam dunia pendidikan kini. Justeru, penerapan teknologi AR ini dalam bidang pendidikan geografi di sekolah-sekolah pada hari ini perlu dikenal pasti. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti kandungan teknologi AR dalam buku teks sekolah menengah serta pengetahuan dan penggunaan teknologi AR dalam kalangan guru mata pelajaran geografi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menerusi kajian di perpustakaan dan juga temu bual secara dalam talian menerusi panggilan telefon dan juga aplikasi Whatsapp. Sampel kajian terdiri daripada lapan orang responden guru mata pelajaran geografi yang mengajar di daerah Setiu, Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan teknologi AR dalam buku teks Geografi KSSM daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah rendah (tujuh elemen AR berdasarkan topik pembelajaran). Tahap pengetahuan guru terhadap te.....
Article Published 2022 818 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.