UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  menganalisis  pembentukan  komuniti  kampung  baru  Cina  dalam  pembanterasan   komunis   di   daerah   Ulu   Selangor   pada   tahun   1948-1957.  Rancangan  penempatan kampung baru telah dilaksanakan di bawah rancangan Briggs bertujuan untuk menyekat  koloborasi di antara komuniti Cina dengan pergerakan Parti Komunis Malaya di daerah  Ulu  Selangor.  Pelaksanaan rancangan penempatan  semula  penduduk  setinggan  ke dalam penempatan kampung baru  telah memberikan kesan  serta cabaran kepada komuniti kampung baru  Cina  di  daerah tersebut.   Pendekatan kualitatif dengan reka  bentuk analisis dokumen   dan   manuskrip   berasaskan    tafsiran   hermeneutik    telah   digunakan   untuk menganalisis sumber primer iaitu dokumen dan  manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia  seperti  fail,  Colonial  Office  Ulu  Selangor,   British  Adviser  Office  Selangor, laporan  tahunan.....
Thesis Published 2019 5969 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dibuat untuk mengkaji faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap kemahiran sosial pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Responden kajian terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan empat dan lima SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Data yang diperoleh adalah merangkumi analisis deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23 baig mendapatkan frekuensi,peratusan, min, ujian – T, ANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi linear pelbagai. Hasil daripada analisis deskriptif yang dilakukan menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial adalah pada tahap tinggi. Hasil ujian – T dan ANOVA menunjukkan perbezaan antara tahap kemahiran sosial dengan demografi. Hasil daripada analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan positif antara faktor perseki.....
Final Year Project Published 2019 1380 hits Available
3
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dilakukan untuk melihat fenomena penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains Tingkatan Dua. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Sains dalam menggunakan komputer sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran serta cuba mengenalpasti pola dan trend penggunaan komputer sebagai sumber pengajaran Sains oIeh guru-guru Sains Tingkatan dua. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif sebagai asas dan beberapa instrumen seperti temu bual, pemerhatian, catatan guru ( teacher narrative ), serta senarai semak ( pemerhatian ) diadaptasi bagi memperoleh triangulasi data untuk mengukuhkan sesuatu dapatan. Dapatan kajian menunjukkan sampel-sampel mempunyai kesediaan dari aspek pengetahuan dan kemahiran komputer atau teknologi maklumat. Umumnya setiap sampel menguasai pengetahuan dan kemahiran bagi empat perisian komputeryang sering digunakan dalam bidang pendidika.....
Thesis Published 2006 593 hits Available
4
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada Nilai Integriti Dalam Masyarakat Melayu Melalui Gurindam Dua Belas yang tergolong dalam Puisi Melayu Tradisional. Menerusi kajian ini, pengkaji cuba melihat nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam karya agung ini serta melihat nilai integriti daripada penerapan nilai-nilai tersebut. Kajian ini membahagikan Gurindam Dua Belas kepada enam amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang supaya menjadi panduan dan ikutan kepada masyarakat. Melalui kajian ini dapat mencungkil apa yang tersirat di sebalik gurindam tersebut. Enam amanat tersebut merangkumi yang pertama, melalui fasal pertama dan kedua beragama dan beribadat. Kedua memelihara anggota hati daripada melakukan kejahatan dalam fasal ketiga dan keempat. Seterusnya amanat ketiga berbudi bahasa dan berperangai mulia melalui fasal kelima dan keenam. Manakala amanat keempat memelihara diri daripada perbuatan yang boleh mendatangkan akibat yang tidak baik melalui fasal ketujuh dan kelapan. Amanat kelima.....
Thesis Published 2011 506 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.