UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai pemahaman konsep Jirim dan Haba dalam kalangan murid sekolah rendah. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 289 murid sebagai responden daripada enam buah sekolah rendah di sekitar Selangor dan Perak. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan ujian bagi tajuk Jirim dan Haba yang setiap satunya mengandungi enam item soalan terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap prakonsepsi murid-murid Tahun Tiga berada di tahap tinggi bagi konsep Jirim dan Haba. Walaubagaimanapun, bagi murid- murid Tahun Lima, tahap miskonsepsi adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan murid mengalami kesukaran dalam menerangkan sifat jirim, menjelaskan perubahan fasa yang berlaku terhadap jirim serta mendefinisikan konsep haba. Kesimpulannya, miskonsepsi dalam kalangan murid Tahun Lima terhadap tajuk Jirim dan Haba masih kekal walaupun mereka telah mempelajari tajuk ini selama dua tahun. Implikasi kajian adalah guru seharusnya cuba sedaya .....
Thesis Published 2015 3014 hits Available
2
Abstract
Tesis ini memberi tumpuan kepada sumbangan institusi ulama yang terlibat dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri Kedah sekitar tahun 1909 hingga 1957. Fokus utama kajian ialah meneliti kedudukan dan peranan institusi tersebut dalam urus tadbir berhubung hal ehwal agama Islam di era penjajahan British. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang sejarah institusi ulama serta penglibatan British dan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam; menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku selepas campur tangan British, serta menganalisis kesan dan kepentingan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam kepada masyarakat Islam di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Antara sumber utama bagi kajian ini termasuk surat peribadi, surat tauliah, sijil pengiktirafan, foto, kitab lama, catatan peribadi, risalah, resit, surat tanah, laporan rasmi, fail, memorandum dan telegram.....
Thesis Published 2018 1464 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV)  mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).  Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalam  mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam bagi beberapa tajuk yang dipilih dalam sukatan  matapelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kaedah kajian yang  digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian dilakukan  ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan sesi temu bual  terhadap guru.  Rekod Rancangan Mengajar Harian guru tersebut dan penghasilan seni pelajar  menjadi dokumen penting dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru  mampu untuk mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam. Mereka juga dapat merancang dan  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasi elemen dan prinsip seni I.....
Thesis Published 2019 2828 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam bagi beberapa tajuk yang dipilih dalam sukatan matapelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan sesi temu bual terhadap guru.  Rekod Rancangan Mengajar Harian guru tersebut dan penghasilan seni pelajar menjadi dokumen penting dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru mampu untuk mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam. Mereka juga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dengan baik, namun kurang.....
Thesis Published 2019 3504 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.