|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 6 |
| 1 | 2019 Article | Kesediaan global kanak-kanak prasekolah Jamilah Mohd Basir Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti pengetahuan kesediaan global kanak-kanak yang berumur enam tahun di prasekolah berasaskan tujuh aspek global iaitu(a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran ICT (c) kepelbagaian budaya (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soaljawab bertulis berdasarkan gambar dengan melihat beberapa aspek yang diperincikan daripada tujuh aspek yang dinyatakan. Sampel kajian terdiri daripada lapan puluh empat orang kanak-kanak prasekolah dari lima buah prasekolah daerah Mualim, Perak. Data dianalisis dengan melihat perbezaan min dalam pengetahuan Kesediaan Global. Dapatan menunjukkan pengetahuan kanak-kanak yang p..... 978 hits |
| 2 | 2020 Article | Analisis tingkah laku sosiologi masyarakat berasaskan teori interaksionisme melalui perangkaan data kes COVID-19 di Malaysia Noriha Basir Kajian berkaitan Covid-19 merupakan kajian yang baharu dan mula dikaji oleh para penyelidik pelbagai bidang di seluruh dunia bermula pada tahun 2020. Sehubungan itu, bidang sosiologi yang merangkumi aspek kemasyarakatan menjadi wadah kajian dalam penulisan ini. Kaedah kualitatif dimanfaatkan untuk membincangkan dan menganalisis isu penularan wabak pandemik Covid-19 dalam lingkungan sosiologi masyarakat Malaysia bersandarkan Teori Interaksionisme oleh George Herbert Mead (1939) yang mementingkan proses interaksi sosial manusia. Teori ini telah mengenal pasti dua bentuk atau tahap interaksi sosial iaitu, interaksi tidak simbolik dan interaksi simbolik. Interaksi tidak simbolik ialah interaksi manusia yang bertindak secara langsung terhadap gerak isyarat atau tindakan orang lain, manakala interaksi simbolik ialah manusia mentafsir setiap gerak isyarat dan bertindak berasaskan hasil makna tafsiran tersebut. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk menganalisis perangkaan data kes Covid-19 d..... 1173 hits |
| 3 | 2020 Article | Pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak Fatin Najihah Abdul Basir Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak tadika. Khususnya, kajian ini mengenal pasti perbezaan pandangan ibu bapa berdasarkan jantina mengenai pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak, pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak di persekitaran mereka, pandangan ibu bapa terhadap hukuman pesalah seksual kanak-kanak dan pandangan ibu bapa terhadap kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual.
Seramai 61 orang ibu bapa di sekitar daerah Klang, Selangor yang mempunyai kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diterjemahkan mengikut kesesuaian konteks kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual berdasarkan jantina.
.. 1481 hits |
| 4 | 2021 Thesis | Pembangunan dan penilaian kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah Malaysia Jamilah Mohd Basir Kecergasan fizikal kanak-kanak boleh menjadi petunjuk tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah
Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan
pembangunan (PRP) yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa I ialah fasa analisis keperluan yang menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik diedarkan kepada 145
orang guru prasekolah. Fasa II ialah fasa reka bentuk dan pembangunan kandungan modul. Kaedah Fuzzy Delphi dan protokol temu bual digunakan terhadap 5 orang
informan dan 17 orang pakar turut terlibat dalam fasa ini. Fasa III ialah fasa penilaian kebolehgunaan yang menggunakan kaedah reka bentuk kumpulan praujian dan
pascaujian dengan melibatkan 43 orang kanak-kanak prasekolah. Setiap instrumen
telah mendapat kesahan pakar. Dapatan analisis Fasa I menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.00 menunju..... 2152 hits |
| 5 | 2021 Article | Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan kerangka penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah Jamilah Mohd Basir Kajian ini bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar tentang komponen dan ujian bagi reka bentuk dan pembangunan kerangka penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak kanak prasekolah Malaysia. Pembangunan kerangka penilaian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Borang soal selidik diedarkan kepada sejumlah 17 orang sampel yang terlibat sebagai pakar bidang dalam proses reka bentuk dan pembangunan. Borang soal selidik komponen kecergasan mengandungi enam bahagian, iaitu: (1) maklumat demografi; (2) komponen komposisi badan; (3) komponen daya tahan kardiovaskular; (4) komponen daya tahan otot tangan; (5) komponen kekuatan otot kaki; dan (6) komponen fleksibiliti. Manakala, soal selidik ujian kecergasan pula mempunyai lapan bahagian, iaitu; (1) maklumat demografi; (2) indeks jisim badan; (3) ukuran peratus lemak badan; (4) larian ulang alik 20 meter; (5) larian 1200 meter; (6) genggaman tangan; (7) lompat jauh berdiri; dan (8) jangkauan melunjur. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menu..... 703 hits |
| 6 | 2024 Article | Sumbangan pertubuhan harakah islamiah (HIKMAH) dalam memperkasa program dakwah mualaf di pedalaman Sarawak Mohd. Zuhaili Kamal Basir Sarawak terkenal sebagai sebuah wilayah Sarawak terbina dari pelbagai suku, etnik dan agama menerusi proses asimilasi dan akomodasi budaya serta perkahwinan campur. Kedudukan komuniti mualaf atau mualaf di tengah-tengah kepadatan penduduk Sarawak turut menyumbang ke arah perkembangan dakwah Islam di Sarawak. Salah satu badan dakwah yang aktif dan bersifat aktivis di Sarawak adalah Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) yang membantu mengurus dan mengendalikan program-program dakwah mualaf di kawasan pedalaman. Penubuhan HIKMAH telah menjadi pemangkin ke arah usaha dakwah di pedalaman melalui program dakwah bercorak pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri perkembangan pertubuhan terbabit dan sumbangannya dalam memperkasa program-program bimbingan dan kemasyarakatan di Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu analisis dokumen, jurnal, laporan aktiviti. Hasil kajian mendapati Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) ko..... 10 hits |