UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pengetahuan pedagogi dan tahap kesediaan pengajaran guru Sains dalam aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta perbezaan tahap pengetahuan pedagogi dan kesediaan pengajaran guru novis dan guru berpengalaman Sains dalam aplikasi KBAT. Pemilihan sampel kajian dipilih secara rawak dalam kalangan guru mata pelajaran Sains dari seluruh daerah Pulau Pinang dengan populasi (N= 892) manakala sampel (n = 265). Data soal selidik telah dianalisis secara deskriptif bagi mengetahui min, kekerapan, sisihan piawai dan peratusan bagi tahap persepsi pengetahuan pedagogi dan kesediaan pengajaran. Bagi menerangkan perbezaan tahap persepsi pengetahuan dan tahap kesediaan pengajaran antara guru novis dan guru berpengalaman, analisis secara inferensi telah dijalankan dengan menggunakan ujian-t. Hasil analisis menunjukkan responden kajian mempunyai tahap persepsi pengetahuan pedagogi (Min= 4.49, sisihan piawai =0.46) d.....
Final Year Project Published 2024 1569 hits Available
2
Abstract
Aspek seni dalam e-book cerita kanak-kanak jenaka merujuk kepada usaha dan kreativiti dalam memasukkan pelbagai elemen seni ke dalam persembahan dan persembahan cerita di platform e-book. Ia melibatkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengalaman membaca kanak-kanak dengan menggunakan elemen artistik, seperti ilustrasi, animasi, susun atur, kesan bunyi dan interaktiviti. Penggayaan bahasa seni diterjemahkan dalam aspek kehidupan merangkumi berbagai-bagai nilai artistik secara fleksibel. Penggayaan unsur artistik dalam e-book cerita jenaka kanak-kanak berkait rapat dengan evolusi teknologi, perkembangan pendidikan dan pengiktirafan kepentingan menyediakan pengalaman membaca yang menarik dan interaktif kepada kanak-kanak. Pernyataan masalah berkaitan penggayaan bahasa seni dalam e-book cerita jenaka kanak-kanak boleh dirumuskan dalam beberapa aspek iaitu tahap interaktiviti yang tidak konsisten, sesetengah e-book mungkin kurang konsisten dalam mempersembahkan elemen seni dengan tah.....
Article Published 2024 323 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaruh kelayakan guru terhadap kualiti pendidikan awal kanak-kanak di tadika swasta. Fokus utama kajian adalah untuk memahami pengalaman guru tadika yang tidak mempunyai kelayakan formal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), serta bagaimana kelayakan akademik dan pengalaman mereka mempengaruhi amalan pengajaran, pengurusan tingkah laku dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai tiga orang guru tadika swasta di kawasan Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui temu bual tidak berstruktur, kemudian dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru tanpa kelayakan formal PAKK menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan pengetahuan pedagogi, kesukaran mengurus tingkah laku murid, beban kerja yang tinggi serta kekurangan sokongan lat.....
Thesis Published 2026 116 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.