UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Pembaharuan atau inovasi sentiasa dilakukan oleh pengarang yang prolifik dalam berkarya dengan menghadirkan pelbagai sumber dan idea untuk meletakkan teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan. Justeru, kepelbagaian dan kesegaran sumber menjadi keutamaan seseorang pengarang dalam berkarya. Jong Chian Lai sebagai penulis yang prolifik di Sarawak sedar akan kepentingan melakukan pembaharuan dalam menghadirkan sumber dan idea yang baharu dalam teks-teks ciptaannya. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kehadiran dalam tiga buah novel karya Jong Chian Lai berdasarkan teori Teksdealisme. Teori Teksdealisme mengandungi empat prinsip yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kualiti kepengarangan seseorang pengarang. Kajian ini hanya mengaplikasikan prinsip kehadiran untuk menganalisis novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986), Pemberontakan (1994) dan Ensera Marga Timur dari St Anthony (2009). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. H.....
Article Published 2019 781 hits Available
2
Abstract
Sesebuah karya sastera membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai dari segi kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan menanam perasaan bangga dan cinta kepada tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah karya sastera memaparkan secara keseluruhan sosiobudaya dan sosioekonomi yang melatari sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kemelut dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat wajar dirungkai agar berupaya memperlihatkan perjuangan mereka khususnya dari sudut Sosiologi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan novel Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya karya Dahiri Saini (2020) dari segi penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesannya kepada khalayak. Oleh sebab karya ini amat erat hubungannya dengan aspek sosial, maka kajian ini mengaplikasikan Teori Sosiologi dengan memberikan fokus kepada tiga daripada empat kaedah krtitikan dalam teori ini, iaitu penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesan teks kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaeda.....
Article Published 2021 909 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.