UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membanding tahap penguasaan kemahiran proses sains asas (KPSA) dalam kalangan murid sekolah rendah tahap II berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan aras tahun. Dengan menggunakan Ujian Kemahiran Proses Sains Asas yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang sesuai untuk menilai kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengukur, meramal, dan menginferens, instrumen ini ditadbir kepada 337 orang murid daripada dua buah sekolah rendah kebangsaan bandar dan dua buah sekolah rendah kebangsaan luar bandar di Perak. Data dianalisis berdasarkan jantina dan lokasi sekolah menggunakan Ujian-t tak bersandar, dan berdasarkan aras tahun menggunakan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan (1) murid sekolah rendah tahap II gagal untuk mencapai tahap dua-pertiga atau 67% dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA; (2) tiada perbezaan jantina dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengelas yang m.....
Article Published 2013 743 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan satu model pengajaran yang menyokong pemerolehan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) digunakan, melibatkan tiga fasa utama: analisis keperluan, pembangunan model pengajaran, dan penilaian keberkesanan model. Kaedah kajian menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui analisis dokumen, senarai semak, soal selidik serta temu bual bersama guru dan pakar dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Dalam fasa pertama, analisis keperluan melibatkan 40 pelajar dan 15 guru, dan mendapati pelajar kurang menggunakan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang sesuai untuk kemahiran mendengar. Hal ini mengesahkan keperluan bagi satu model pengajaran yang sistematik. Fasa kedua memfokus kepada pembangunan dan penilaian kesahan model yang dinamakan Model PKM BMPK, yang menggabun.....
Thesis Published 2025 261 hits Available
3
Abstract
Pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa sering memberi kesan yang pelbagai. Interaksi masyarakat pengamal budaya yang berbeza-beza ini akan pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain dan dalam satu jangka waktu yang panjang, pengaruh asing itu akan membudaya dan meresap dalam amalan masyarakat yang dipengaruhinya. Bahasa merupakan salah satu daripada unsur yang sering pengaruh - mempengaruhi masyarakat yang bertembung sehingga menimbulkan fenomena pinjam meminjam bahasa. Peminjaman ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu pinjaman secara formal yang diusahakan oleh badan yang berautonomi dalam hal kebahasaan ataupun penggunaan bahasa atau bahasa-bahasa asing secara sewenang-wenangnya dalam kalangan masyarakat pengguna sesuatu bahasa sebagai gejala alih kod dan percampuran kod. Di samping bahasa Melayu (BM) yang telah menerima pengaruh bahasa-bahasa asing, masyarakat Cina dan India yang hidup di samping masyarakat Melayu di Singapura juga telah dipengaruhi oleh .....
Article Published 2015 13 hits Available
4
Abstract
Penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi pola pemilihan bahasa siswa SD dalam ranah keluarga di Kota Sorong, Papua Barat Daya. Metode yang digunakan adalah metode kualitatif dan kuantitatif yang didasarkan pada pertanyaan terstruktur dalam kuesioner. Data kualitatif dikumpulkan melalui wawancara selama pengisian kuesioner. Teknik pengumpulan data melalui kuesioner dan wawancara sebagai alat pengumpul data utama. Teknik Pengolahan data dan analisis data dilakukan berdasarkan kecenderungan data tentang pola pemilihan bahasa pada siswa SD dalam ranah keluarga. Berdasarkan hasil analisis data ditemukan 33 etnis yang merupakan daerah asal Ibu dan Bapak siswa SD. Sementara itu, vitalitas bahasa daerah berdasarkan pola pemilihan bahasa siswa SD dalam ranah keluarga melemah dan cenderung menurun karena bahasa Indonesia (BI) dan bahasa Campuran (BC) adalah bahasa yang sering digunakan siswa SD ketika berbicara dengan orang tua dan Paman/Bibi di rumah. Fenomena ini menunjukkan bahwa masih.....
Article Published 2024 237 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.