UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i- Think serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kalangan guru Sains di Daerah Bentong. Kajian ini melibatkan seramai 175 orang guru Sains dari 38 buah sekolah rendah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina di Daerah Bentong, Pahang. Kajian ini menggunakan kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat kuantitatif meliputi maklumat demografi, tahap penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-Think. Manakala temubual berstruktur telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tahap penguasaan dan penggunaaan peta i-Think bagi kajian kualitatif. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru Sains adalah tinggi dengan nilai min sebanyak 3.068 ± 0.323. Peratusan keseluruhan penguasaan peta pemikiran i-Think adalah pada tahap yang sederhana iaitu 6.....
Thesis Published 2021 5630 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan e-modul bagi Kursus Projek Tahun Akhir (PTA) yang khusus untuk Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Malaysia (KV). Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesukaran pelajar Seni Kulinari dalam memilih, melaksana dan melaporkan PTA dengan baik, kerana kekurangan bimbingan dan sumber pembelajaran yang spesifik kepada metodologi penghasilan produk inovasi berasaskan makanan. Teori Konstruktivisme, teori Connectivism dan model ADDIE dijadikan sandaran utama dalam kajian ini. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab lima persoalan kajian. Tiga set instrumen iaitu Borang Soal Selidik Fuzzy Delphi (FDM), Borang Penilaian Kesahan Modul, dan Borang Soal Selidik Kebolehgunaan Modul, telah digunakan untuk mengenalpasti keperluan pembangunan modul dan elemen-elemen penting dalam membangunkan modul, mendapatkan kesahan modul, dan mengenalpasti tahap kebolehgunaan modul. Data masing-masing dianalisis menggunakan Templat Analisis .....
Thesis Published 2024 2415 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.