AbstractKajian ini bertujuan untuk menilai Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM. Kursus ini merupakan satu kursus fungsional yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM yang melibatkan semua peringkat anggota ATM. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP untuk menilai pelaksanaannya melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 340 orang pelatih yang pernah menghadiri Kursus Kefahaman Islam Bersepadu telah dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data kajian juga dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan elemen yang dinilai pada input, proses dan produk juga berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis inferensi me.....