UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Alam pembelajaran kanak-kanak bermula dengan tercetusnya satu pengalaman. Membesar dalam kemajuan pembangunan teknologi dan perisian evolusi abad ke 21 mencabar proses perkembangan intelek kanak-kanak. Intelligent Quotient (IQ), iaitu kecerdasan akal semata-mata tidak menjanjikan keseimbangan dan kejayaan dalam pengurusan kehidupan Kekaguman dan ketinggian intelek yang terkandung di dalamnya mempamerkan kerelevanan dalam upayanya mengendalikan daya intelek dan imaginasi kanak-kanak. Terdahulu, kanak-kanak leka dengan sastera lisannya tetapi gaya hidup kini mengubah kehidupan semula jadi kanak-kanak melalui ledakan informasi pembangunan teknologi yang berupaya mempengaruhi minda kanak-kanak dengan maklumat kurang tepat dan mengelirukan. Dengan menggunakan bahan tontonan kartun animasi Upin dan Ipin, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis bagaimana kanak-kanak menguruskan daya intelek dalam episod “Cari dan Simpan”. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Prinsip K.....
Article Published 2020 1266 hits Available
2
Abstract
Tujuan – Kajian ini bertujuan mengenal pasti pedagogi guru awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan mengenal pasti sejauh manakah pendekatanleksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik dapat menjelaskan kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik Metodologi – Kajian ini melibatkan 20 orang guru dan 60 orang 1. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan senarai semak pencerapan dan pemudahcaraan (PdPc). Proses pencerapan PdPc hanya melibatkan 8 orang guru yang terpilih secara rawak. Kajian ini juga mengaplikasikan korpus daripada Pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk meneliti kolokasi kata dan konteks berkaitan leksikal padanan, kumpul, mengasingkan dan banding. Dapatan – Hasil kajian mendapati bahawa PdPc, guru mengajar konsep padanan dengan menjelmakan perkataan cari yang sama, pilih yang sama, sama tak bentuk, sama dengan, dan tarik, manakala konsep kumpul dijelmakan dengan leksikal sepe.....
Article Published 2019 1223 hits Available
3
Abstract
Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Banyak kempen dan pendidikan kesihatan  dalam bentuk bercetak mahupun elektronik telah dianjurkan oleh KKM. Namun kes penyakit jantung  masih meningkat setiap tahun. Oleh itu keperluan kaedah pendidikan alternatif sebagai pendidikan  awal kepada remaja untuk memberi kesedaran terhadap bahaya penyakit jantung. Kajian ini bertujuan  memformulasi model konsepsi perisian edutainment pendidikan kesihatan serta membangun dan menilai  perisian berasaskan model konsepsi. Perisian ini menggunakan elemen multimedia dengan memilih  animasi 2D sebagai elemen utama untuk remaja berumur antara 12 hingga 15 tahun. Perisian ini  dibangun berasaskan pengubahsuaian model reka bentuk ADDIE dan kaedah pembangunan animasi dengan  mengambil kira aspek edutainment .. Terdapat lima fasa dalam proses kajian: fasa analisis, reka  bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Komponen utama yang dimuatkan dalam perisian ini  ialah .....
Thesis Published 2011 578 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.