|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| 1 | 2017 Thesis | Kemahiran proses sains dan berfikir dalam subjek sains di sekolah kebangsaan melalui kaedah hermeneutik Maha Lachimi Chelliah Kajian ini bertujuan menganalisis kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik, temu bual, pemerhatian sesi pengajaran dan lembaran kerja murid. Responden ialah 15 orang guru Sains yang mengajar di Sekolah Kebangsaan di Daerah Hulu Langat. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan guru Sains menghadapi beberapa masalah seperti kesukaran untuk memantau tahap pencapaian murid berdasarkan standard prestasi, kekurangan peralatan sains dan ketiadaan seorang pembantu. Guru juga menghadapi masalah kesuntukan masa pengajaran dan kesukaran menghubungkaitkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains. Kajian juga mendapatipelbagai kaedahdigunakan oleh guru untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan mengaplikasikan aktivit..... 954 hits |
| 2 | 2022 Thesis | Kesan penggunaan perisian kursus multimedia interaktif untuk meningkatkan pemikiran algebra dalam kalangan murid tahun 4 Susila Devi Chelliah Tujuan penyelidikan ini adalah melibatkan pemahaman dan penguasaan pemikiran
algebra dalam pengajaran dan pembelajaran bidang algebra dan perkaitan bagi mata
pelajaran Matematik Tahun 4. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian
ini adalah reka bentuk kuasi-eksperimen. Seramai 70 orang murid telah dipilih secara
rawak untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perisian kursus pemikiran
Algebra digunakan sebagai bahan bantu pengajaran bagi memudahkan pembelajaran
dan pengajaran pemikiran Algebra. Objektif peringkat pertama adalah mereka bentuk
dan menghasilkan perisian kursus multimedia interaktif dengan menggunakan model
ADDIE Objektif bagi peringkat kedua adalah mengkaji kesan perisian kursus
pemikiran multimedia interaktif dalam membantu meningkatkan pemikiran Algebra
bagi menguji pemahaman dan penguasaan konsep pemikiran Algebra yang mengikut
ciri-ciri rangka kerja pemikiran Algebra Kieran (2016). Rawatan telah dijalankan untuk
kumpulan eksperimen dengan men..... 1418 hits |