AbstractMongigol Sumundai adalah tarian bagi suku kaum Rungus yang berasal dari negeri Sabah.
Kebanyakan suku kaum rungus kini menetap di bahagian utara Sabah iaitu di daerah Kudat,
Kota Marudu dan Pitas. Mongigol Sumundai merupakan dua tarian yang berbeza yang
ditarikan bersama-sama dan ditarikan oleh golongan lelaki dan golongan perempuan.
Mongigol ditarikan oleh golongan lelaki manakala Sumundai ditarikan oleh golongan
perempuan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu menjelaskan fungsi persembahan
Mongigol Sumundai dalam perayaan pesta Magahau, mengenalpasti maksud persembahan
Mongigol Sumundai dalam perayaan pesta Magahau dan menghuraikan impak kepada
masyarakat Rungus dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman fungsi Mongigol
Sumundai. Selain itu, metodologi kajian ialah metodologi penyelidikan yang berbentuk kajian
kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual yang dijalankan bersama 4 orang informen yang
dipilih berdasarkan pengetahuan luas mengenai tajuk kajian. Instr.....