UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Pada masa ini, belum wujud satu standard kurikulum dan pentaksiran bagi tujuan pengajaran ensembel muzik Mongigol-Sumundai di sekolah, khususnya bagi menengah rendah di Malaysia. Selaras dengan frasa yang termaktub pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru boleh menentukan mana-mana ensembel muzik yang bersesuaian dengan kepakaran masing-masing serta mengambil kira persekitaran pelajar dan sekolah. Atas dasar itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan standard kurikulum dan pentaksiran ensembel muzik Mongigol- Sumundai untuk mata pelajaran muzik tingkatan satu hingga tiga, sebagai panduan kepada guru bagi tujuan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan kaedah analisis dokumen, pemerhatian lapangan dan temu bual. Terdapat tiga fasa dalam kajian ini iaitu fasa analisis keperluan, fasa pembangunan dan fasa pengesaha.....
Thesis Published 2021 2582 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.