AbstractTujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru sains di Sekolah
Rendah Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(SJKT) mengenai Pembelajaran
Berasaskan Projek(PBP). Kajian ini juga turut menganalisis tahap kemahiran
menerapkan PBP dalam KSSR matapelajaran sains serta mengkaji hubungan antara
tahap pengetahuan dan kemahiran guru sains dalam penerapan PBP. Kajian ini
berbentuk tinjauan kuantitatif yang dijalankan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpul data yang diperlukan.
Seramai 234 orang guru telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan secara
rawak. Soal selidik mempunyai tiga bahagian utama di mana bahagian A dalam soal
selidik merupakan bahagian demografi responden yang mengandungi 6 soalan utama
iaitu jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar secara keseluruhan,
pengalaman mengajar mata pelajaran Sains dan jawatan di sekolah bagi mengetahui
latar belakang responden. Setiap item d.....