UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Kajian bertujuan bagi menganalisis keberkesanan dan kecekapan pengaplikasian Pemikiran Komputasional dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam kalangan murid Tahun Tiga bagi Topik Operasi Asas Darab Tahun Tiga. Reka bentuk kajian yang digunakan bagi melihat hubungan di antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar adalah eksperimen kuasi serta ujian pra dan ujian pasca satu kumpulan. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan bagi mendapatkan 42 orang murid Tahun Tiga dari Sekolah Kebangsaan Sentul Utama sebagai sampel kajian. Perisian SPSS versi 23 digunakan bagi menganalisis dapatan kajian menggunakan ujian T sampel bebas dan ujian T berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan skor min ujian pasca antara kumpulan kawalan dan rawatan dengan nilai signifikan p = 0.004 (p < 0.05). Ini menunjukkan kaedah pemikiran komputasional dalam permainan Tic Tac Toe lebih berkesan berbanding pendekatan konvensional bagi Topik Operasi Asas Dara.....
Thesis Published 2021 4215 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.