AbstractKajian ini bertujuan untuk menilai kesan pelbagai strategi pembelajaran aktif berbantukan visualisasi program (InterViz) terhadap prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasi-kendiri pelajar yang berbeza keupayaan pemikiran logik. Penilaian dilakukan melalui ujian pra, ujian pasca dan Computer Programming Self- Efficacy Scale. Manakala, empat strategi pembelajaran aktif telah dilaksanakan berpandukan empat aras tertinggi Engagement Taxonomy (ET) iaitu bertindak balas (SPAB), ubahsuai (SPAU), membina (SPAM) dan pembentangan (SPAP). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan analisis regresi digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Seramai 169 pelajar semester 5 kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik (Teknologi Komputer) dari empat buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasikendiri antara kumpulan pelajar yang me.....