UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini membincangkan proses al-takhalli dan al-tahalli yang berfokus kepada sebuah kitab yang bertajuk Jala' al-Qulub Bi Dhikr Allah oleh Hj. ‘Abd Al-Samad ibn Muhammad Salih al-Kalantani (Tuan Tabal). Al-takhalli dan al-tahalli ialah satu proses penyucian dan penjernihan jiwa yang merupakan satu persoalan penting dalam disiplin ilmu Tasawuf yang semakin ditinggalkan dan dilupakan oleh sebilangan besar umat Islam malah dianggap amalan yang sesat. Kajian ini bertujuan meneliti secara mendalam konsep dan kedudukan al-takhalli dan al-tahalli dalam disiplin ilmu Tasawuf, cara dan langkah bagaimana proses pembersihan dan penjernihan jiwa dilakukan serta kewajarannya dalam amalan tarekat bersumberkan al-Quran dan al-Hadith. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis hubung kait al-takhalli dan al-tahalli dengan hasil penjernihan jiwa yang disebut Wahdah al-Wujud oleh pengarang, tetapi dikatakan bertentangan dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah. Kajian ini mengguna.....
Thesis Published 2012 3672 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), persepsi pelajar terhadap penilaian yang dilaksanakan dan keberkesanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang, Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 18 responden Tingkatan 4. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya pelajar dinilai melalui empat kaedah iaitu ujian semasa tasmik (min=3.83, sp=0.5990), semakan pengekalan juzuk lama (min=3.50, sp=0.666) ujian bagi hafazan lama (min=3.30, sp=0.347) dan peperiksaan rasmi (min=3.60, sp=0.569) berada pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap pentaksiran .....
Final Year Project Published 2023 3743 hits Available
3
Abstract
Tujuan melaksanakan kajian ini adalah untuk menganggar tahap pengambilan oksigen maksimum (VO2max)  di kalangan pelajar-pelajar Institut Perguruan  Batu Lintang, Kuching, melibatkan dua ujian  lapangan yang berbeza. Kajian ini melibatkan 13 orang subjek  yang  terdiri  daripada   pelajar-pelajar  Program  Bacelor  Pendidikan (B.Ed.,TESL).  Kajian  ini  berbentuk  eksperimental   dengan  menggunakan  dua intervensi iaitu Incremental Shullle Walk Test (ISWT) dan Shullle Run Test  (SRT). ISWT  sebelum  ini  jarang-jarang  digunakan  bagi  tujuan  menganggar  VO2max berbanding  dengan SRT. Dalam kajian ini, kadar nadi subjek (sebelum dan selepas ujian), jarak pergerakan dan  Ratings of Percieved Exertion (RPE) dicatat sebagai skor mentah untuk menganggar VO2max . Skor-skor  mentah berkenaan akan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science(SPSS) versi 13.0 untuk melihat perbezaan di antara ISWT dan SRT dalam menganggar VO2m:ix bagi m.....
Thesis Published 2007 836 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.