AbstractArtikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian melibatkan 247 orang pentadbir IPG yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan di 26 buah IPGM seluruh Malaysia. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bertujuan yang dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Sub pemboleh ubah sikap terdiri daripada polisi akademik, polisi operasi, polisi perancangan dan polisi pengurusan. Manakala pemboleh ubah perancangan pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari terdiri daripada lapan sub pembolehubah iaitu standard isi, standard proses, standard kompetensi lulusan, standard pendidik dan tenaga kependidikan, standard prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standard penilaian pendidikan. Hasil.....