AbstractKajian ini bertujuan untuk meneroka impak program “Artists in Schools” atau AiS terhadap
motivasi murid sekolah menengah dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) di Semenanjung
Malaysia. Program ini adalah satu usaha kolaborasi yang dijalankan di antara pihak sekolah dan
pelukis dalam membentuk perkongsian kemahiran dan pengalaman pelukis bersama muridmurid.
Kaedah kajian kes digunakan dalam kajian. Peserta kajian terdiri daripada 9 orang murid
mewakili 9 buah sekolah berbeza di Semenanjung Malaysia. Instrumen kajian terdiri daripada
protokol temu bual, borang pemerhatian dan analisis dokumen. Proses triangulasi dijalankan
terhadap tiga jenis data empirikal yang dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen. Penilaian motivasi dilakukan menggunakan Teori Motivasi ARCS Keller yang
merangkumi empat elemen utama: Perhatian (Attention), Kaitan (Relevance), Keyakinan
(Confidence) dan Kepuasan (Satisfaction). Dapatan utama temu bual menunjukkan peserta kajian
bersetuj.....