UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman patriotisme dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI), meneroka penerapan elemen patriotisme dalam kalangan GPI, meneliti pandangan GPI terhadap penghayatan elemen patriotisme murid Islam dan melihat faktor-faktor kekangan yang wujud dalam perlaksanaan penerapan elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara mendalam. Patriotisme sangat penting dalam Pendidikan Islam kerana ia mempersiapkan Guru Pendidikan Islam untuk membina jati diri murid dan keperibadian muslim dengan berlandaskan kepatuhan kepada syariah. Selanjutnya, kajian ini meneliti kepentingan penerapan elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta meneroka elemen Patriotisme Patuh Syariah (PPS). Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti......
Thesis Published 2023 7013 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi meneroka kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soalan temu bual yang telah dijalankan ke atas lapan orang Peserta Kajian (PK) yang merupakan Guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah menengah harian, agama dan berasrama penuh. Data kualitatif daripada temu bual ini dianalisis secara deskriptif menggunakan ATLAS.ti versi 9 bagi mendapatkan tema, subtema dan dapatan kajian. Hasil analisis kajian mendapati, elemen patriotisme amat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara elemen patriotisme dengan keterampilan GPI serta elemen patriotisme dalam pembentukan diri murid. Sememangnya tahap kemahiran dan sikap GPI ke arah menggunakan elemen patriotisme dalam pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek perancangan dan pelaksanaan. Justeru, semasa menjalankan proses pengajar.....
Article Published 2022 750 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.