AbstractPengiklanan dalam akhbar adalah salah satu cabang dalam bidang komunikasi grafik. Namun, kajian khusus mengenainya kurang mendapat perhatian para penyelidik. Kajian ini membahaskan tentang penggunaan iklan akhbar sebagai medium komunikasi untuk menyebarkan mesej Sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia. Kajian ini, menggunakan iklan yang dipaparkan dalam akhbar Utusan Melayu / Malaysia pada setiap bulan Ogos dan September bermula pada tahun 1957 sehingga tahun 2007. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Penilaian visual yang dijalankan diaplikasikan dengan temu bual bersama pakar dalam bidang pengiklanan. Hasil kajian membuktikan hubungkait di antara pembingkaian visual dalam iklan Hari Kemerdekaan dengan sosio ekonomi, suasana politik mengikut konteks semasa serta latar belakang masyarakat yang pelbagai agama dan kaum. Implikasi kajian ini bakal memberi suatu penemuan dan pendokumentasian baharu dan rujukan kepada penggiat seni reka kreat.....