AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi profesional guru mata pelajaran Reka
Cipta di sekolah menengah berdasarkan penilaian kendiri guru dan penilaian profesional
pentadbir sekolah terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam
kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 270 guru dan 270 pentadbir yang telah dipilih
secara rawak berstrata berdasarkan kategori jawatan, lokasi, umur dan tahun pengalaman
mengajar. Instrumen kajian iaitu dua set soal selidik dibangunkan berdasarkan Model
Standard Kompetensi Guru Malaysia. Soal selidik disahkan oleh tiga orang pakar.
Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspek ketekalan dalaman diukur menggunakan
indeks Alpha Cronbach, α=0.84-0.97 untuk domain-domain yang diuji. Oleh itu, instrumen
kajian didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasar penilaian
kendiri, guru bersetuju bahawa mereka memiliki sikap profesional (M=4.01,SP=0.46), diikuti
pengetahuan profesional (M=3.89,SP.....