UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  meneroka  sejauhmana  kolaborasi  komuniti  dapat membantu   penambahbaikan   Sekolah   Bimbingan   Jalinan   Kasih   (SBJK)   Kuala Lumpur. SBJK  merupakan sebuah sekolah istimewa yang menempatkan kanak-kanak jalanan  di  sekitar  Chow  Kit.   Penglibatan  komuniti  dengan  sekolah  dalam  kajian  ini adalah diadaptasi dan diubahsuai  daripada Model Penglibatan Ibu Bapa, Kementerian Pendidikan   Malaysia;   dan   Model    Hoover-Dempsey   dan   Sandler.   Kajian   ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kaedah  kajian kes. Seramai 16 orang responden  yang  terdiri  daripada  warga  sekolah  (8  orang),   pegawai  Kementerian Pendidikan Malaysia (4 orang), ahli kumpulan penggerak Penglibatan Ibu Bapa  dan Komuniti (2 orang) serta wakil komuniti (2 orang) terlibat dalam kajian ini. Temubual separa    berstruktur   dijalankan   dengan   menggunakan   protokolÂ.....
Thesis Published 2019 3551 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti imaginasi untuk pembinaan kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang Asli. Kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis meta, temu bual dan soal selidik. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik pakar dan protokol temu bual pakar untuk mendapatkan data. Analisis meta dan temu bual dijalankan adalah untuk membina senarai aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang Asli. Soal selidik pula digunakan untuk menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti-aktiviti imaginasi untuk murid Orang Asli berdasarkan tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Teknik analisis Fuzzy Delphi telah digunakan untuk menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti-aktiviti imaginasi tersebut.Sebanyak 30 kajian telah dianalisis dan tiga orang pakar telah ditemu.....
Thesis Published 2021 7302 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.